Kem Latihan Penulis PMRAM mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam, khususnya buat mahasiswa/wi Islam dan seluruh ahli PMRAM.
Kem Latihan Penulis PMRAM mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam, khususnya buat mahasiswa/wi Islam dan seluruh ahli PMRAM.
PUISI : PEMENANG PERTAMA
Oleh : Mohd Faiz b. Hamdan - (Tinta sejagat)
PMRAM Cawangan Shoubra
NASKHAH AGUNG
Naskhah agung,
Menyoroti sejarah demi sejarah,
Kegelapan sirna dek kilauan mukjizatMU
Tirus menelusuri jiwa-jiwa insan budiman
Maya tersentuh mulus menerjah.
Naskhah agung,
Satu kurnia penuh makna,
Lolos dibalik kabus kejahilan,
Rima wahyu jalan sebaran,
Rintis tamadun umat sejagat.
Naskhah agung,
Merentap jiwa-jiwa gersang,
Beralun suci dibenak insan,
Yang tertiarap lantas membangun,
Tegar meribat runtunan kalbu.
PUISI : PEMENANG KEDUA
Oleh : Ahmad Muhsin b. Abd Hamid - (Ahmad Jebat)
Zaman menggulung umat,
Asal insan penuh jahiliah,
Terarah ia mengikut samawi,
Bukti Yang Maha Esa tidak
Alpa dan leka.
Dunia ibarat rehal,
Kitab suci itulah akhirat,
Ibarat isi dengan kuku,
Pelukan, dakapan, amaran, pujukan,
Jauhar dari Sang Pencipta.
Seperti padi membawa lalang,
Bukan lalang timbulnya padi,
Dunia nan musnah,
Akhirat itu pasti,
Asalan makhluk dari tuhan.
Dimana bumi dipijak, disitu islam dijunjung,
Biar bergalang nyawa,
Biar berputih tulang,
Berkolam peluh dan tangisan,
Takkan ku tinggal seruan ilahi,
Ibarat rehal menjunjung al-Quran.
PUISI : PEMENANG KETIGA
Oleh : Nurul Hafiqah bt. Khazamal Haffi Aamos
Al-Quran…
Dulukala dan kini
Kau tetap menjadi temanku
Tika susah dan senang
Kau tetap setia bersamaku
Tapi…
Sesungguhnya
Aku takut
Satu hari nanti
Aku akan meninggalkanmu
Di dalam almari usang
Yang dipenuhi debu kemarau
Kerna aku dalam kealpaan
Kerna aku dalam kelalaian
Namun…
Aku sentiasa berdoa
Dan berazam
Aku takkan meninggalkanmu
Malahan
Aku akan sentiasa merinduimu
Merindui kalam-kalam
Merindui ayat-ayat cinta
Daripada Sang Murabbi
Apabila masanya telah tiba
Kau bantulah aku
Kau sinarilah aku
Kerna kau menjadi
Penerang di dalam kuburku.
CERPEN : PEMENANG PERTAMA
Oleh : Abdul Hadi b. Jusoh (Kumpulan 1)
Namaku Furqan, aku tinggal disebuah kotaraya yang dipenuhi bangunan yang tersergam indah. Tika aku termenung mengenang nasib diri, tiba-tiba ku tertoleh ke tingkap berdebu, aku nampak bayangan Tuan Azman membawa sesuatu menghampiri pintu rumah. “Ting tong” loceng rumah berbunyi, lantas berlari anak kecil bernama Hamdan ke pinti rumah, lalu dibukakan pintu rumahku. Apa ini ayah? Sayup-sayup ku dengar pertanyaan Hamdan kepada ayahnya. “Ini adalah rehal, nanti Hamdan gunakan untuk membaca Quran”, sahut Tuan Azman.
Aku tersenyum seorang diri,benak hatiku terus berkata, mungkin rehal adalah teman hidupku di almari kaca suci berdebu. Matahari telahpun membenamkan dirinya, kedengaran suara azan yang berkumandang “ Allahu Akbar... Allahu Akbar”, Tuan Azman memimpin tangan Hamdan ke luar pagar menuju ke surau Muttaqin. Kedengaran suara imam membacakan kalimahku, sayu bercampur tenang aku terlena didalam rumah yang tiada siapa.
Allahu Akbar! Kenapa dengan ku? Aku terhuyun-hayang bagai dilanda taufan Katrina. Rupa-rupanya Hamdan, digenggaman tangan kanan aku dipegang menculikku erat. Berlari anak kecil itu membawaku sambil menyanyikan “alif, ba, ta, tsa, jim, ha, kha, da, dzal, ra, zhai, sin, syin, shod”, kepeningan aku dibawanya menaiki anak tangga dengan pantas menuju ke tingkat dua.
Mataku masih kabur akibat hayunan deras anak itu, di atas permaidani hijau aku terpandang sahabatku rehal yang baru tiba semalam, seolah-olah menantikan kedatanganku. Lantas aku diletakkan ke atasnya, Lantas aku dibelek, lalu kedengaran “ “Bismillahirrahmanirrahim”, dilafazkan oleh Tuan azman, Hamdan terus mengikuti ungkapan bibir ayahnya sehngga kedengaean “sodaqallahul ‘Azhim”. Lalu aku dihantar kmbali ke bilik yang berdebu.
Itulah rutin harianku, kadang aku terfikir, setiap hari aku duduk di atas badan kawanku rehal, sakit atau tidak hanya dia yang mengerti. Namun, aku tahu, dia redha untuk memuliakanku.
CERPEN : PEMENANG KEDUA
Oleh : Aisyulhaq
Angin berhembus lembut di kampong Seroja. Aku masih termenung di jendela rumah tinggalan ibuku. “Argh” satu keluhan berat dilepaska. Tiba-tiba aku terpandang senaskhah al-Quran tua dengan rehalnya masih disitu. Ya, masih disitu di penjuru bilik ibuku. Pakaian solat terlipat kemas disebelahnya.
Air mataku mengalir bagaikan hujan, hatiku sebak melihat naskhah al-Quran tua itu.
“Mak yang bersalah, kalau mak tak biarkan Aril sendirian di gigi air, pasti semua ini tak akan berlaku”. Jeritku pada ibu tua yang terkedu melihat jasad anaknya terbujur kaku dihadapan kakinya.
Ibu tua itu mengalirkan air mata yang ku kira hanya keadaan berpura-pura. “Mak tak sangka”, “Argh..mak memang bencikan Aril kan, mak suka marah dia dan paksa dia buat banyak kerja, dan sekarang mak dah bunuh dia, puas hati mak sekarang”.
Pang…satu tamparan singgah di pipiku.. Aku terdiam dan terus meluru ke bilik berendam air mata.
Ibu tua itu masih berdiri di sebelah jasad anak bongsunya. Usai, pengebumian Aril ibu tua itu terus duduk di atas sejadah dan membaca al-Quran bagi menenangkan hatinya.
Aku menjenguk ke bilik ibu tua itu dan melihat ibuku itu membaca al-Quran seperti tiada apa yang berlaku. Hatiku makin sakit, “memang dasar orang tua tiada perasaan”. Aku berlari ke bilik dan menghempas kasar pintu bilikku, “dum”.
Ibu tua itu terkejut tetapi cepat memahami anaknya itu masih dalam kesedihan. Dipegang al-Quran tua milik arwah suaminya dengan erat, “Ya Allah berikanlah kekuatan kepadaku atas apa yang berlaku..aku masih keliru dan mendambakan hidayahmu. Kau lebih mengetahui hikmah yang berlaku selepas kematian suamiku, Kau ambil pula anakku dan sekarang anakku yang masih tinggal pula menuduh aku membunuh adiknya pula...”
rest of the post here© 2011 Kem Latihan Penulis · Proudly powered by Blogger & by Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM.