Penganjuran Seminar & Bengkel Penulisan Berjaya

Ahad, 24 Oktober 2010 1 suara
Kaherah, 22 Oktober 2010 : Bertempat di Rumah Kelantan Baru, Kem Latihan Penulis PMRAM telah berjaya menganjurkan satu Seminar & Bengkel Penulisan. Seminar & Bengkel pada kali ini telah disertai lebih daripada 100 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam dan Perubatan daripada seluruh Mesir, antaranya Mansurah dan Iskandariah.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs002.ash2/33479_167277769965850_100000508851984_495022_2193018_n.jpg

Seminar dan bengkel yang bertujuan untuk memberi pendedahan serta asas penulisan kepada para peserta ini turut dihadiri oleh wakil Akademi Karyawan Mansurah (AKAR) dan Tunas Karya Iskandariah. Kebanyakkan peserta yang hadir terdiri dari kalangan akhwat namun prestasi yang amat membanggakan ditunjukkan oleh peserta ikhwah.

Seminar dan bengkel ini telah dirasmikan oleh Badan Pengurus PMRAM, saudara Mohd Faizzuddin bin Ghazali merangkap Ketua Unit Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM sesi 2010/2011. Dalam ucapan perasmiannya, saudara Faizuddin mengharapkan agar peserta yang menyertai bengkel pada kali ini tidak hanya bersemangat dan menunjukkan komitmen semasa berprogram tetapi meneruskan agenda penulisan ini selepas keluar daripada program.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs834.snc4/69492_167279343299026_100000508851984_495035_6070284_n.jpg

Keistimewaan bengkel pada kali ini ialah slot dan pengisian yang berbeza serta lebih menarik. Antaranya Talkshow "Mengapa Saya Menulis" yang telah dipengerusikan oleh Pengarah KELAP, saudara Muhammad Al-Amin Hj Salleh dan menampilkan ahli panel yang cukup mantap seperti Saudara Mohd Zuhaili Saiman (Timb. Presiden PMRAM) Saudara Mohd Zaki Md Noor (Penulis & Moderator KELAP) dan Saudari Nor Azlina (Penulis & Moderator KELAP).

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs939.snc4/73292_167295513297409_100000508851984_495096_591183_n.jpg

Seminar & Bengkel Puisi dan Cerpen yang telah disampaikan oleh Penulis Tamu, saudari Sammaituha Najwa dan Ust Mohd Zaki Md Noor. Seminar dan bengkel diserikan dengan slot terakhir. Forum "Penulisan Sebagai Kerjaya" yang telah dipengerusikan oleh saudari Siti Hawa dan menampilkan ahli panel berpengalaman seperti Ust Muhammad Mujahid Mohd Fadzil dan Ustzh Sammaituha Najwa.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs459.ash2/73292_167295516630742_100000508851984_495097_5086939_n.jpg

Pengarah KELAP dan seluruh warga KELAP mengharapkan agar program sehari yang dianjurkan ini bakal menatijahkan sesuatu yang baru dan dapat melahirkan pelapis-pelapis baru dalam dunia penulisan khususnya di Mesir dan amnya di Timur Tengah. Semoga dengan penganjuran seminar dan bengkel pada kali ini dapat membuka lembaran baru dalam dunia penulisan. Semoga bertemu lagi pada seminar dan bengkel siri yang akan datang.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs002.ash2/33479_167277766632517_100000508851984_495021_2573643_n.jpg
Baca Sepenuhnya >>

Seminar & Bengkel Penulisan Siri I 2010

Isnin, 18 Oktober 2010 2 suara
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs908.snc4/72180_165559800137647_100000508851984_484646_7217742_n.jpg
Baca Sepenuhnya >>