Wahai Anak-anak Azhari
Selasa, 31 Januari 2012 0 suaraPahatkan Al-Quran Ke Hatiku
Rabu, 25 Januari 2012 0 suaraSeribu pengasih membujur darimu
Seribu bahagia terpapar padamu
Seribu rahmat ku cari darimu
Kau bisa merawat di kala sakit
Kau bisa membimbing di kala sesat
Kau mendukung risalah dan hikmat
Dari Tuhan alam sejagat
Mulia manusia kerna mendampingmu
Celaka mereka kerna pinggirkanmu
Hikmah mereka kerna mendalamimu
Binasa juga melampauimu
Kalammu titian dari Rabbani
Batil mengata kalam makhluk
Benar bicara rahmat Ilahi
Merugi sesal hamba mengutuk
Dek kerna mencari hikmah
Ku selalu tuturi kalammu
Dek terpesona irama indah
Diri terhibur melantun ayatmu
Hikayat umat telah kau bawa
Suri teladan sepanjang zaman
Manfaat jua lelaki bertaqwa
Kitab suci menjadi teman
Paduan pertama para ulama
Permata unik para abid
Alunan syurga syahdu menggema
Menuju cinta yang abadi
Hati terpikat lidah terbasah
Tak rela berlekang jua berpisah
Gelisah batin jiwa ragaku
Pahatkan Al-Quran ke hatiku.
Mohd Hasnan Bin Abdullah
Takhasus Qiraat, Tahun 1
Pantun Nasihat
Sabtu, 21 Januari 2012 1 suaraRasul diutus membawa rahmat,
Untuk manusia dalam alam sejagat,
Syariat dipatuh perintah ditaat,
Supaya hidup mendapat berkat.
Al-Quran dan sunnah sebagai panduan,
Dijamin selamat hingga akhir zaman,
Jadikan ulama’ pemandu jalan,
Hilang derita datanglah aman.
Bersangka buruk, mengumpat dan mengeji,
Penyakit warisan zaman berzaman,
Gantikan dengan sifat terpuji,
Supaya hidup dirahmati Tuhan.
Dua jalan sebagai pilihan,
Hendak ke kiri atau ke kanan,
Beruntunglah mereka yang punya kecerdikan,
Si bodoh pula menyesal berpanjangan.
Rintihan hamba kerana dosa,
Itulah tanda kita manusia,
Taubat jangan ditunda-tunda,
Ajal tidak mengenal usia.
Cinta dunia takutkan mati,
Amaran diberi Rasul Ilahi,
Kumpul harta tak henti-henti,
Bekal akhirat langsung tak berahi.
Hidup mesti ada matlamat,
Hendakkan dunia atau akhirat,
Kejar dunia, akhirat tak dapat,
Kejar akhirat, dunia memikat.
Takkan berganjak dua tapak kaki,
Hingga ditanya semua soalan,
Muhasabah semula masa yang berbaki,
Nilai semula semua amalan.
Ilmu diteroka tanpa henti,
Guru dicari ‘menadah’ kitab,
‘Ayat’ Allah perlu diperhati,
Itulah sifat ulul albab.
Nasihat diberi untuk ikutan,
Buat diri dan juga teman,
Bina diri dan juga kekuatan,
Supaya tak tersungkur di tengah jalan.
Terlalu banyak nasihat berguna,
Diambil secebis tatapan bersama,
‘Tak boleh’ satu ambillah semua,
Untuk hidup yang lebih bahagia.
Nukilan :
Muhammad Fakhrur Ridzwan Bin Othman
Tahun 1, Takhassus Qiraat