Memaparkan catatan dengan label Sajak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sajak. Papar semua catatan

SI TENTERA KECIL

Jumaat, 14 Disember 2012 0 suara



Langit senja,
Merona jingganya,
Melakar semangat buat tentera kecil.

Tahajudnya merangkap si abid yang taat,
Menangisi tiap dosa dan kelalaian,
Membasuhi jiwa yang lelah,
Menggagahi tiap degupan kehidupan.

Si tentera kecil,
Usianya bukan takaran,
Namun ketaqwaanlah pakaian,
Melangkah dengan pasti,
Memburu syahid yang di janji.

Si tentera kecil,
Memandang dunia bagai bangkai nan jijik,
Melempar harta dan segala,
Kerana takut ‘wahan’ terlekat di hati.

Si tentera kecil,
Mengamati kelam malam itu,
Kerana teramat rindu dan cintanya,
Hanya buat yang Esa.


candle_light
usuluddin, kaherah

Baca Sepenuhnya >>

Untaian Hikmah Guru

Ahad, 26 Ogos 2012 0 suara


Bening malam merangkak pergi,
Menyinarkan mentari hari,
Cahaya mu lantas menerangi,
Lubuk jahiliah yang hitam keji,
 
Keluarmu untuk menuntun,
Dengan ikhlas yang segar menguntum,
Langkahmu dengan harapan,
Agar kembalimu terlerai tugasan,
 
Katamu sarat hikmah,
Tingkahmu termuat qudwah,
Jalanmu penuh mehnah,
Meski tiada pernah melatah,
Tugasmu suci,
Demi mudah ke gerbang tahu,
Agar ummat ini kan maju,
 
Pesan mu terlalu agung,
Bukan sijil yang dibanggakan,
Tetapi berkatlah yang diharapkan,
Bukan pangkat yang dipujakan,
Bahkan jalan luruslah yang didambakan.
 
~ Terima kasih Guru ~

Candle_light
Usuluddin, Kaherah.
Baca Sepenuhnya >>

DISANA DISINI

Khamis, 15 Mac 2012 0 suara
Resah,
Jiwaku resah,

Di mana,
Harusku mulakan
Ke mana,
Mengapa,
Harga diri kian hilang nilainya.

Di sana,
Jiwa remaja di robek
Maruah kian menipis
Gejala sosial melimpah-ruah
Di dada akhbar,di kaca tipuan.

Di sana,
Ibu-ibu mencari merintih
Mana anak-anak bangsa
Mana pejuang-pejuang Islam
Yang dahulunya segak mantap
Di persada alam.

Di sana,
Bapa-bapa meresah memikir
Di mana nasib pemuda pemudi kini
Di lorong gelap,di jalan sepi
Penuh dengan lalat duniawi

Di sini,
Ada apa di sini
Pejuang-pejuang Islamkah
Musuh dalam selimutkah
Robeklah hati perkasalah iman
Usah kalian melupa diri
Tika diri di puncak ilmu
Jangan dilupa rumput yang gersang
Menanti titisan embun
Yang segar dari permata Islam.

-Anis Akmal bt Khalid-
Bahasa Arab, Tahun 1
Baca Sepenuhnya >>

Dia Tidak Sama

Rabu, 15 Februari 2012 0 suara

Dia…
tidak sama dengan yang lain,
suka mendengar rintihan,
rayuan,
juga tangisan,
hamba-hamba yang meminta.

Tetapi...
yang lain,
marah dan benci,
bahkan mencaci,
jika diminta.

Dia…
berbeza dengan yang lain,
makin banyak rayuan,
juga tangisan,
makin Dia suka,
bahkan makin dicintai.

Apa yang diminta,
bukan segera Dia makbulkan,
kerana,
Dia tidak serupa dengan yang lain,
suka mendengar rayuan,
juga tangisan,
yang meminta dariNya.

Putus asa…
jangan sekali-kali,
kerana Dia,
berbeza amat
dengan yang lain,
terus dan terus,
jangan berhenti,
mohon,
juga merayu kepadaNya,
kepada Dia yang Maha Mendengar.

Dia…
amat dan teramat suka,
mendengar rayuan,
juga tangisan,
hamba-hamba
yang meminta kepadaNya.

Dia…
sangat hampir
dengan yang meminta,
dekat dengan yang mengadu,
cinta kepada yang menangis,
yang meminta kepadaNya,
tanpa putus asa,
dan ragu-ragu.

*Dia tidak sama dengan yang lain…mohonlah kepadaNya tanpa putus asa…terus dan terus, jangan berhenti dari cinta Dia…kejar dan dapatkanlah ia dengan doa, rayuan dan tangisan…Dia adalah Allah…Yang Maha Segala-gala, Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih…mintalah kepadaNya ^^


Fathi Ridhuan
Takhasus Qiraat
Tahin Satu

Baca Sepenuhnya >>

Wahai Anak-anak Azhari

Selasa, 31 Januari 2012 0 suara

Wahai anak-anak Azhari,
bersilih hari kita di cengkam di hina,
hak kita dinafikan di cabul sewenang-wenangnya,
di tindas aniaya bagaikan jasad tidak bermakna,
dihalau keluar bagaikan seorang penderhaka,
dirampas zakat tanpa sepatah asbabnya,
d buang pengajian umpama kita penjenayah negara,
diberi ugutan bagai si miskin terbiar merata

Wahai anak-anak Azhari,
zaman ini bukan masa untuk tidur,
bukan masa menghitung tasbih d tanah kubur,
namun zaman ini zaman untuk merubah,
zaman siswa melakarkan sejarah,
Bersama dalam setiap arah,
Membantu dalam segenap susah,
Bersatu medan berfikrah,
Tuntas kita berdiri mengatur langkah
Tekad kita kuburkan tangan-tangan penjajah..

Wahai anak-anak Azhari
sedarlah kalian dari lamunan mimpi
mentari dan purnama menangis saban hari
hukum Ilahi dimaki diperlekeh diperli
di mana letakknya nilai harga Azhari
di mana maruah kalian warga Azhari
apakah masih ada ruang rehat berbaki?
ia tidak sesekali..

Wahai anak-anak Azhari,
ulama sudah lama di ikat bibirnya,
mujahid berdekad lama tersiksa di jeriji penjara,
anak-anak kecil tenggelam di hidang hiburan berdosa,
saban hari anak gadis maruahnya ternoda,
kini di manakah kita?
apakah sumbangan kita?
jangan sesekali biarkan jasad kita bersahaja,
islam tidak tertegak dengan kata.

Nukilan :
Abdullah Mahdi
Tahun 2, Takhassus Quran Wal Qiraat,Shoubra
Baca Sepenuhnya >>

Pahatkan Al-Quran Ke Hatiku

Rabu, 25 Januari 2012 0 suara

Seribu penawar terkandung padamu
Seribu pengasih membujur darimu
Seribu bahagia terpapar padamu
Seribu rahmat ku cari darimu

Kau bisa merawat di kala sakit
Kau bisa membimbing di kala sesat
Kau mendukung risalah dan hikmat
Dari Tuhan alam sejagat

Mulia manusia kerna mendampingmu

Celaka mereka kerna pinggirkanmu
Hikmah mereka kerna mendalamimu
Binasa juga melampauimu

Kalammu titian dari Rabbani
Batil mengata kalam makhluk
Benar bicara rahmat Ilahi
Merugi sesal hamba mengutuk

Dek kerna mencari hikmah
Ku selalu tuturi kalammu
Dek terpesona irama indah
Diri terhibur melantun ayatmu

Hikayat umat telah kau bawa
Suri teladan sepanjang zaman
Manfaat jua lelaki bertaqwa
Kitab suci menjadi teman

Paduan pertama para ulama
Permata unik para abid
Alunan syurga syahdu menggema
Menuju cinta yang abadi

Hati terpikat lidah terbasah
Tak rela berlekang jua berpisah
Gelisah batin jiwa ragaku
Pahatkan Al-Quran ke hatiku.

Mohd Hasnan Bin Abdullah
Takhasus Qiraat, Tahun 1
Baca Sepenuhnya >>

Diari Sang Azhari

Rabu, 11 Januari 2012 0 suara

Mujahadah dan redha
Perit dan payah
Kau menyusur liku kalimah-kalimah Allah
Menjunjung amanah Allah dan Rasulullah

Menitip kasih mak dan ayah
Bukan sedikit duka yang kau ratah
Bukan kecil jihad yang kau mamah
Bersama air mata kau berdoa pasrah
Mengharap belah dan pertolongan Allah

Antara senang dan gelombang dugaan
Menyusur alur perjuangan
Manjadi insan yang cemerlang
Bukan sedikit yang perlu dikorbankan
Namun amanah ini tetap kau genggam
Biarpun dicemuh dan dibenci orang
Kalau dulu ustaz merotanmu
Tapi disini masa merantaimu
Mengajar erti disiplin dalam berilmu
Agar engkau kental macam ibumu
Berbudi macam ayahmu
Dan berhikmah macam Rasulmu
Dari tanah melayu ke bumi anbiya’
Situasi baru yang menyatu
Antara debu dan bangunan batu
Kau terus membawa amanah sang ayah ibu
Harapannya tetap Satu
Moga menjadi pencinta ilmu

Nukilan,
Safwan Abdullah,
Tahun 1, Takhassus Qiraat,Shoubra
Baca Sepenuhnya >>

Derita Bangsa Merdeka

Ahad, 1 Januari 2012 0 suara














Tahun Lalu,
BERSIH Dikotor Oleh Penguasa
Rakyat Ditangkap Dihumban Penjara
Ulama' Di Ugut Jangan Bersuara
Nilai Kebaikan Segalanya Dimurka

Tahun Lalu,
Tompokan Najis Bertukar Hadiah
Siapa Berani Diludah-ludah
Siapa Melawan Disepak Rebah
Siapa Kedepan Sedia Dibelasah

Tahun Ini,
Pekung Kezaliman Terbuka Sudah
Senjata Penguasa Menembus Darah
Tulang Siswa Dipijak Patah
Kini Siswa Mengamuk Sudah

Tahun Ini,
Penguasa Sumbang Bermain Senjata
Cota Kayu Bukan Penggerun Pencuri Harta
Bahkan Hadiah Buat Anak Muda
Maka Tunggulah Peperangan Bermula

Tahun Ini,
Mahasiswa Kental Mara Ke Depan
Kebangkitan Siswa Bukan Sorakan
Merempuh Balai Membaham Kezaliman
Melawan Segenap Penjuru Kebatilan

Ayuh Mahasiswa,
Bangkit Bersama Menegakkan Keadilan,
UNIVERSITI BUKAN TADIKA!
MAHASISWA BUKAN BONEKA!
TIADA REGIM YANG MAMPU MENUMBANGKAN ANAK MUDA!!

Nukilan,
Abdullah Mahdi
Tahun 2, Takhassus Al-Quran Wal Qiraat, Shoubra
Baca Sepenuhnya >>