Memaparkan catatan dengan label Introduce Program. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Introduce Program. Papar semua catatan

Seminar & Bengkel Penulisan Selesai

Isnin, 1 Mac 2010 0 suara

Alhamdulilah pada tarikh 25 Februari 2010 seperti yang telah direncanakan oleh Ahli Jawatankuasa Pelaksana KELAP [Kem Latihan Penulis ] Seminar & Bengkel Penulisan 2010 telah berlangsung dengan jayanya.

Pendaftaran peserta kali ini amatlah diluar jangkaan kerana pihak KELAP sendiri hanya meletakkan target sekitar 50 orang yang akan menyertainya,namun kehadiran hampir mencecah 80 orang dari seluruh muhafazah (cawangan).Ini membuktikan bahawa masih ramai lagi golongan Azhari ingin berminat untuk menjadikan medium penulisan untuk menyebarkan dakwah .

Sekitar jam 7.30 pagi peserta sudah mula hadir dan mendaftarkan diri .Program dimulakan dengan Ucapan Pembukaan Pengarah KELAP Al-Fadhil Ust Zulhafeez bin Ahmad Zahidi.Dalam ucapan beliau menyatakan rasa terharu dengan keterlibatan ahli untuk menyertai dan masih ada lagi yang ingin mendaftarkan diri walaupun tarikh penyertaan telah ditutup.Beliau juga memohon maaf atas beberapa masalah teknikal dari sudut sebaran maklumat mengenai program tersebut.

Slot Pembentangan " Ada Apa Dengan Pena " dimulakan pada jam 8.45 pagi oleh Pengarah KELAP sendiri .Antara intiaoti pembentangan beliau telah menyentuh beberapa aspek dalam penulisan kreatif seperti puisi dan cerpen juga terdapat beberapa tips-tips sebagai penulis baru.Peserta-peserta juga diminta untuk menghasilkan satu plot daripada cerpen berdasarkan tayangan slide yang disediakan dalam bentuk berkumpulan.

Pembentangan yang memakan masa selama 3 jam ini telah memberi pendedahan awal kepada peserta tentang penulisan kreatif.Tumpuan daripada peserta dan kerjasama yang telah diberikan membuatkan pembentangan untuk slot 1 berjalan dengan lancar.Pada akhir pembentangan beliau meminta beberapa orang daripada peserta untuk mempersembahkan hasil puisi yang telah ditulis dalam tempoh 15 minit sebelum menutup pembentangan

Setelah selesai solat zohor,program diteruskan lagi dengan Forum Lingkaran Penulis PMRAM diantara KELAP-AKAR-TUNAS KARYA .Ust Mohd Dhiaul Iman bin Mohd Shaifuddin mewakili KELAP,manakala Ust Mohd Hakimi bin Abd Mutalib mewakili AKAR dan Ustzh Sharifah Nasyitah pula mewakili TUNAS KARYA .Untuk slot ini,peserta dibentangkan mengenai sejarah kronologi penubuhan setiap akademi dan beberapa cabaran dan ujian dalam melahirkan generasi penulis yang mapan dalam bidang penulisan tanahair.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ketua Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM al-Fadhil Ust Ahmad Taufiq bin Mohd Dahlan sekaligus menyampaikan hadiah untuk peserta Sayembara Penulisan Sempena Kemerdekaan yang lepas.Pemenang untuk kategori cerpen Al-Fadhilah Ustazah Fatin Nazmin bte Mansor dan kategori puisi pula Ustaz Mohd Dhiaul Iman bin Mohd Shaifuddin .

Baca Sepenuhnya >>

Bengkel KELAP siri ke 2 !

Rabu, 25 Februari 2009 0 suara


Bengkel kelap siri kedua bakal muncul.

Tarikh bengkel penulisan siri 2 ialah 3 Mac 2009. Terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi. Dua slot yang bakal menanti anda. Bincang-bincang bersama akademi penulis Mesir dan bengkel imaginasi penulis. Sertai segera!

sebarang pertanyaan atau maklumat berkaitan sila hubungi ustaz Asri (ikhwah) dan ustazah Hazila (akhawat).

Butiran maklumat :

Tarikh : 3 Mac 2009 Masihi bersamaan 6 Rabiulawal 1430 Hijrah
Hari : Selasa
Tempat : Rumah Kedah Baru Haiyu Sabiek
Masa : 12.30 tengahari
Bayran : LE 5 Sahaja


MELAKAR SWADAYA PENA



Baca Sepenuhnya >>

KELAP SIRI KE 2

Sabtu, 23 Ogos 2008 0 suara
Nantikan Kemunculan Program KELAP Siri Ke 2




Program KELAP kali kedua ini memberi informasi yang lebih dari sebelumnya. beberapa slot yang dirasakan perlu telah disusun. butiran lanjut belum dapat dipastikan. sekadar makluman awal untuk anda. pastikan anda menyertai program siri ke 2 ini.

syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut :

1) anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya sebuah karya asal milik peribadi.
2) karya tersebut hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada tarikh yang akan ditetapkan nanti.
3)pastikan maklumat anda dilampirkan bersama karya tersebut. (cth: nama sebenar, nama pena, kuliah,dan cawangan)
4) hantarkan karya anda ke kelap_pmram@yahoo.com (dalam bentuk attach file)



segala maklumat lanjut berkaitan program ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Baca Sepenuhnya >>

SEMINAR DAN BENGKEL PENULISAN SIRI 1

Ahad, 17 Ogos 2008 2 suara
Seminar dan bengkel penulisan siri pertama











Baca Sepenuhnya >>

KESINAMBUNGAN KEM LATIHAN PENULISAN (KELAP) 2008

Khamis, 14 Ogos 2008 0 suara
Kesinambungan KELAP 2008


Suasana kebangkitan penulis di Mesir dapat dirasai dengan kegiatan yang cergas dari Kem Latihan Penulis (KELAP) dan akedemi di BKAN dan DPM dalam memberi ruang kepada penulis-penulis tersebut. Namun dalam masa yang sama terdapat beberapa masalah dari segi penyelarasan manhaj, masa dan kekurangan tenaga membuahkan satu idea untuk menggabungkan Kesemua akademi dan kelab latihan penulis DPM dan BKAN di bawah satu wadah iaitu KELAP

Kelap yang berwajahkan program tidak mempunyai autoriti untuk bertindak sebagai sebuah unit khas untuk meneruskan kesinambungan akademi dan kelab penulis yang beridentitikan unit khas.

Oleh yang sedemikian,sayugianya PMRAM menubuhkan satu unit khas yang bertanggungjawab sepenuhnya meneruskan kesinambungan akademi dan kelab penulis seterusnya menjadi satu jawatankuasa khas untuk memajukan bidang penulisan di Mesir. Dengan ini, KELAP ditubuhkan yang beridentitikan unit khas di bawah BPP PMRAM


Baca Sepenuhnya >>

Perincian KELAP Kali Kedua

Selasa, 29 Januari 2008 0 suara
Barangkali, sekiranya masa tidak mengizinkan, slot-slot pada pembentangan suara kampus akan digabung mengikut kesesuaian. [Maklumat diambil dari web rasmi PMRAM. ]
Baca Sepenuhnya >>

Kem Latihan Penulis 2

Isnin, 28 Januari 2008 2 suara
Kem Latihan Penulis 2 (KELAP 2) akan berlangsung pada 2 dan 3 Februari 2008 dengan menggabungkan 4 pengisian di dalam satu program. Iaitu Pembentangan Pengurusan Suara Kampus dan Hari Baca Novel pada hari pertama; dan Diskusi CDRK dan Pembentangan Penulisan Cerpen pada hari kedua.

Lihat iklan di bawah.
Namun, secara tafsilnya, ia masih boleh dipinda, mengikut zuruf dan keadaan. Setakat ini, ini adalah pelan kasar, dan insya-Allah, tiada pindaan besar yang menjejaskan tentatif.
Baca Sepenuhnya >>

Karya Non-Kreatif Untuk Dibengkelkan

Ahad, 15 Julai 2007 0 suara


Kem Latihan Penulis (KELAP) cuba membentuk siri kedua bagi memantapkan teknik penulisan genre non-kreatif. Penulisan non-kreatif yang juga diistilahkan sebagai penulisan ilmiah sebenarnya merupakan elemen penting dalam penyebaran dakwah dan interaksi sesama masyarakat. Ia juga merupakan respon penulis pada fenomena atau gejala yang berlaku dalam mencari sesuatu penyelesaian dengan mengunakan teknik kajian yang tepat dan mendalam. Hasrat program ini diadakan supaya saluran dan cara penulisan non-kreatif dapat disebar luas demi kebaikan mahasiswa-mahasisiwi al Azhar kerana ia merupakan karamah dan warisan seni para ulama Islam. Oleh itu, kepada ahli-ahli PMRAM yang memiliki karya sendiri penulisan non-kreatif untuk dibengkelkan bolehlah menghantarkan kepada id yahoo KELAP iaitu kelap_pmram@yahoo.com. Anda disarankan supaya menghantarkannya sebelum 25 Ogos 2007 untuk dipost-mortem kepada moderator.
Baca Sepenuhnya >>

Album & Aktiviti 8 Julai 2007

Jumaat, 13 Julai 2007 1 suara
Oleh: Muhammad Hakimi b Hussain
Setiausaha KELAP 2007


Pada 8 Julai 2007, Kem Latihan Penulisan (KELAP) PMRAM 2007 telah membuka tirai taqwim Badan Penerangan & Penerbitan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dengan mengadakan program siri pertama, ' Pembentangan & Bengkel Karya Kreatif ' di Dewan Ibnu Sina, Rumah Johor Haiyu Thamin.

Para peserta KELAP (Kem Latihan Penulis) yang hadir

Permulaan acara dibuka dengan kalam pembuka bicara daripada pengarah KELAP yang mengharapkan penubuhan KELAP mampu melahirkan ilmuan al Azhar yang mengambil berat di dalam bidang penulisan. Seterusnya kemahiran tersebut digunakan untuk melebarkan sayap Islam dengan kekuatan dan keajaiban pena sebagaimana yang pernah dilakukan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan seperti penulis negarawan, al marhum Ahmad Boestamam. "Mengasah Pena Menempa Wibawa" merupakan tema yang dipilih untuk KELAP pada sesi ini. Majlis tersebut diteruskan lagi dengan kalam penuh bersemangat daripada Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM, Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad yang menjadikan ayat pertama dan kedua surah al Qalam sebagai panduan dan titik asas permulaan perkembangan ilmu-ilmu Islam.

Lebih mengejutkan lagi apabila kehadiran perasmi, Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain selaku Presiden PMRAM hanya berkain pelekat kerana masalah kesihatan. Bagaimanapun keadaan ini menjadi pemangkin dan pembakar semangat malah menunjukkan keprihatinan seorang Presiden sebuah persatuan induk untuk bersama-sama menjayakan program bersama ahli. Malah dalam ucapannya, beliau turut menyarankan agar ilmuan-ilmuan al Azhar lebih aktif menulis sebagai paparan ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat sekalipun hanya satu karya penulisan yang dihasilkan.

Para moderator, dari kiri; Ustaz Nurul Hisham Mohammad, Ustaz Zaki M.Noor & Ustazah Siti Khadijah @ Najwa bte Abdul Ghaffar. (Tiada dalam gambar: Ustazah Nor Saidah bte Salim )
Slot pertama majlis para peserta dihidangkan dengan pembentangan kertas kerja karya kreatif oleh tiga orang panelis yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan di Mesir iaitu Ustaz Mohd Zaki M. Noor, Ustaz Nurul Hisyam Mohammad dan seorang wakil daripada muslimat, Ustazah Siti Khadijah binti Abdul Ghaffar atau lebih dikenali dengan nama penanya Sammaituha Najwa. Pembentangan kertas kerja tersebut mengambil masa hampir 2 jam itu menghuraikan skema-skema dan segala teknik yang diperlukan dalam penulisan bagi karya kreatif.

Slot tersebut dirancakkan lagi dengan sidang conference bersama wartawan akhbar Berita Harian yang juga merupakan bekas penuntut Universiti Al-Azhar cawangan Damanhur, saudara Nazmi bin Yaakub dan setiausaha Rumah PENA, saudara Syed Mohd. Zakir Syed Othman atau lebih dikenali dengan nama penanya S.M Zakir. Beliau merupakan cerpenis bercirikan falsafah Islam yang tidak asing lagi di tanahair. Tidak rugi membeli karya-karya penulisan S.M Zakir kerana beliau banyak memenangi karya sastera tempatan. Banyak kejutan dan perkembangan baru dalam dunia kesusasteraan tanah air yang disimpulkan oleh kedua-dua tokoh cerpenis ini sebagai bekalan berguna kepada para peserta KELAP.

Para peserta khusyu' mendengar amanat Ustaz Nazmi b Yaakub, penyusun 'Pijar Kinanah'

Seusai pembentangan kertas kerja, program ditangguhkan untuk solat Zohor di masjid berhampiran bagi peserta lelaki, manakala peserta akhawat melakukan solat di dalam dewan. Penyediaan menu makanan pada tengahari tersebut diketuai oleh Ustaz Yazid b Pardi, turut dibantu oleh Ketua Unit Sidang & Pengisian KELAP iaitu Ustaz Najib b Hanafiah.

Gandingan mantap 2 orang moderator

Slot ke-3 disambung semula pada jam 2 petang dengan slot bengkel di mana para moderator membaca semula semua karya yang dihantar selama 5 minit. Kemudian semua karya tersebut dibedah dan dikenal pasti segala kelemahan dan kesalahan untuk dimuhasabah. Ustazah Nor Saidah bte Salim turut hadir memberikan pengalaman dan maklumat dalam slot bengkel tersebut. Antara nasihat para moderator kepada para peserta agar menggunakan kerencaman isu dan kompleksiti kehidupan sebagai wadah menarik yang akan diutarakan di dalam kreativiti penulisan.

Para peserta sabar menadah kritikan para moderator

Bagaimanapun penulis disarankan untuk tidak menggunakan elemen tersebut dalam membicarakan subjek yang klise serta idea pengisahan yang tidak relevan. Slot yang mengambil masa hampir 6 jam menjadi penutup kepada KELAP PMRAM 2007 bagi genre karya kreatif. KELAP PMRAM pada sesi ini menerima penyertaan yang cukup memberangsangkan di mana hampir 80 orang peserta berdaftar ikhwah dan akhawat yang menjayakan KELAP PMRAM sesi 2007 ini. Tanpa noktah pihak pengurusan KELAP ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat
Baca Sepenuhnya >>

Pengenalan Kem Latihan Penulis (KELAP)

Rabu, 4 Julai 2007 1 suara

Oleh: Siti Aisyah bte Abdul Mutalib
(Timbalan Pengarah Kem Latihan Penulis 2007)


Dunia penulisan merupakan elemen yang cukup penting bagi menjana pemikiran & kelangsungan dakwah Islamiah secara khusus. Sejarah melakarkan sumbangan medan ini kepada kemajuan dakwah dalam menyebarkan risalah Islam dalam beberapa bentuk. Bermula dari pembukuan al Quran di zaman Khalifah Umar bin al Khattab seterusnya dilengkapkan oleh Khalifah Uthman bin Affan. Bertitik tolak dari situ terbitlah bidang oenulisan ilmiah, syair dan sebagainya yang menjadi medium penting bagi ulama-ulama terdahulu menyebarkan Islam selepas zaman perkembangan ilmu yang pesat suatu ketika dulu. Oleh yang demikian itu, melihat kepada peripentingnya dunia penulisan dalam setiap individu muslim, inisiatif terus diambil dan kesinambungannya terus dijana bagi melihat dunia penulisan ini tidak putus dan mampu digarap secara bersama oleh generasi Islam hari ini. Kem Latihan Penulis (KELAP) di bawah Badan Penerangan dan Penerbitan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM 2007 sekali lagi mengorak langkah menyambung warisan yang telah diperturunkan sejak sekian zaman.

Berorientasikan “Mengasah Pena Memandu Wibawa” mahasiswa-mahasiswi Al-Azhar khususnya perlu mengasah bakat penulisan sebagai nilai tambah dalam menyampaikan ajaran Islam. Uslub ini ternyata lebih berkesan dan lebih luas penyebarannya tidak membatasi waktu dan tempat. Dengan gaya bahasa yang tersusun indah di samping hati yang ikhlas bisa menarik minat dan perhatian seterusnya masuk dan meresap ke benak sanubari para pembaca. Firman Allah Taala; “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-Kalimah Tuhanku sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-Kalimah Tuhanku walaupun kami tambah lagi lautan yang setanding dengannya.” (al Kahfi:108), al Quranul Karim

Maha luas ilmu Allah ini menjadi tanggungjawab bersama dalam menterjemah segenap ilmu yang dipelajari agar dapat dimanipulasikan segenap lapisan masyarakat agar Islam terus gah menaungi manusia sejagat di dunia milikNya semoga hati-hati kita merasa gentar apabila mendengar nama Allah apabila ia dibacakan.Kem Latihan Penulis sesi pertama yang berteraskan genre kreatif akan diadakan pada 8 haribulan Julai 2007. Sesi seterusnya akan diadakan pada bulan Ogos berteraskan genre non kreatif, khusus bagi ahli yang minat penulisan berat berbentuk ilmiah.

Kem Latihan Penulis bukan sekadar program, tetapi ia merupakan kelab bagi penulis. Sebagai praktikal bagi teori yang telah didedahkan ketika program, diakhir nanti para peserta akan diberi peluang menjayakan Suara Kampus Gabungan (SEGA) bagi tahun ini. Pihak kami amat berbesar hati menyambut penyertaan para peserta bagi menjayakan program ini. Dengan yuran LE10, peserta berpeluang menerokai ilmu penulisan seterusnya dapat memantapkan seni tersebut. Objektif PMRAM mengadakan kem ini demi melatih dan mendedahkan ahli dalam bidang penulisan. Usaha ini dikira mampu melahirkan ahli yang mahir dalam bidang penulisan seterusnya mencurahkan bakat tersebut membantu PMRAM menyampaikan risalah dakwah. Dengan program cuti musim panas ini, kami optimis mengharapkan ahli memperolehi manfaat seterusnya aktif menulis demi Islam.
Baca Sepenuhnya >>