Memaparkan catatan dengan label Pantun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pantun. Papar semua catatan

SELEMBAR UKHWAH

Selasa, 1 Mei 2012 0 suara


Assalamualaikum pembuka bicara,
Doa kalian amat dihargai,
Ukhuwah kita meti dipelihara,
Barulah hidup tidak bersendiri.

Tepuk amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Berjemaahlah ramai-ramai,
Jangan duduk suku-suku.

Tanam ciku tumbuh kelapa,
Makan nasi gulai belimbing buluh,
Eratkan Ukhuwwah sesama kita,
Jangan hidup berpecah belah,

Badak sumbu bakar mercun,
Mercun dibakar diwaktu siang,
Lepas solat kita bersalam-salaman ,
Agar bertambah kasih sayang.

Makan hawasyi di atas titi,
Sambil minum jus delima,
Halaqah sangat dekat dihati,
Pengikat ukhuwah sesama kita.

Dari Syubra ke Mansurah,
Mencari sahabatku Nuzul Hakimi,
Kasih sayang selalu dicurah,
Agar ikatan persahabatan sentiasa bersemi.

Wan Ahmad Fakhruddin Bin Wan Mohd Fauzi
Takhasus Qiraat Tahun 1
Baca Sepenuhnya >>

Pantun Nasihat

Sabtu, 21 Januari 2012 1 suara

Rasul diutus membawa rahmat,

Untuk manusia dalam alam sejagat,

Syariat dipatuh perintah ditaat,

Supaya hidup mendapat berkat.


Al-Quran dan sunnah sebagai panduan,

Dijamin selamat hingga akhir zaman,

Jadikan ulama’ pemandu jalan,

Hilang derita datanglah aman.


Bersangka buruk, mengumpat dan mengeji,

Penyakit warisan zaman berzaman,

Gantikan dengan sifat terpuji,

Supaya hidup dirahmati Tuhan.


Dua jalan sebagai pilihan,

Hendak ke kiri atau ke kanan,

Beruntunglah mereka yang punya kecerdikan,

Si bodoh pula menyesal berpanjangan.


Rintihan hamba kerana dosa,

Itulah tanda kita manusia,

Taubat jangan ditunda-tunda,

Ajal tidak mengenal usia.


Cinta dunia takutkan mati,

Amaran diberi Rasul Ilahi,

Kumpul harta tak henti-henti,

Bekal akhirat langsung tak berahi.


Hidup mesti ada matlamat,

Hendakkan dunia atau akhirat,

Kejar dunia, akhirat tak dapat,

Kejar akhirat, dunia memikat.


Takkan berganjak dua tapak kaki,

Hingga ditanya semua soalan,

Muhasabah semula masa yang berbaki,

Nilai semula semua amalan.


Ilmu diteroka tanpa henti,

Guru dicari ‘menadah’ kitab,

‘Ayat’ Allah perlu diperhati,

Itulah sifat ulul albab.


Nasihat diberi untuk ikutan,

Buat diri dan juga teman,

Bina diri dan juga kekuatan,

Supaya tak tersungkur di tengah jalan.


Terlalu banyak nasihat berguna,

Diambil secebis tatapan bersama,

‘Tak boleh’ satu ambillah semua,

Untuk hidup yang lebih bahagia.



Nukilan :

Muhammad Fakhrur Ridzwan Bin Othman

Tahun 1, Takhassus Qiraat

Baca Sepenuhnya >>

PANTUN SALAM IMTIHAN

Rabu, 4 Januari 2012 0 suara
Tak dapat makna buka kamus,
Tak dapat doktor kawanlah cikgu,
Setelah 3bulan bertungkus lumus,
Akhirnya tiba hari yang ditunggu.

Kiri buku kanan coklat,
Baris tiada baca berbelit,
Kepala pening mata pun penat,
Sebab baca dari kulit ke kulit.

Malam imtihan rasa berdebar,
Mata mengantuk tapi tak tidur,
Esok menjelma rasa tak sabar,
Pastikan keperluan simpan teratur.

Sampai kuliah langkah bergaya,
Sangat yakin ilmu didada,
Terkejut tengok soalan berjela,
Berpeluh dahi banyak dah lupa

Hari tak hujan jalannya basah,
Macam banjir berlopak pula,
Abaikan rasa resah gelisah,
Tenang,tenang ingat semula.

Jawapan dicurah ilmu diguna,
Dalam 3 jam 'masa tahanan',
Bittaufiq wan najah buat semua,
Dengan ucapan salam imtihan!

Nukilan :
Aisyah Masyitah
Kuliah Bahasa Arab, Tahun 2

Baca Sepenuhnya >>