Dosa & Nikmat

Selasa, 24 Ogos 2010 0 suara

Dosa & Nikmat

Air mata
Mencurah kekesalan
Jari jemari
Kelopak tangan
Menadah lemah
Sekujur tubuh
Menyentuh tanah
Mengenang dosa salah
Bak butiran hujan resah
Membasahi bumi hati
Yang gelap pekat

tetapi..

Nikmat rahmat
Lautan ruang
Membanjiri ummat
Menantikan taubat
Makhluk yang alpa
pada dunia derita

Muhammad Ali Baharom
Selangor


Baca Sepenuhnya >>

Ramadhan

Selasa, 17 Ogos 2010 0 suara

Ramadhan


Ramadhan datang lagi,

Membawa seribu erti,

Menguji jati diri,

Sejauhmana cinta pada Ilahi

Ramadhan datang lagi,

Mengusir segala sunyi sepi diri,

Dinihariku yang malap kini kian berseri,

Dengan tasbih,selawat dan tahmid suci.


Ramadhan,

Datangmu memang kunanti,

Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,

Segar mengharum di bingkai rohani,

Menjadi inspirasi pengabdian diri ,

Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,

Allah Rabbbul’alamin.


Ramadhan,

Kuharap kali ini kau takkan pergi lagi,

Walaupun kau pasti akan pergi lagi,

Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi,

Dan hanya akan datang menjengah kembali,

Dengan membawa malam seribu erti,

Pada tahun hadapan nanti.


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,

Wa Marhaban Minkum

Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,

Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,

Melaksanakan Sunnatullah,

Menjauhi mungkar dan larangan Allah,

Agar..biar lahirku nanti selepas Ramadhan,

Laksana bayi yang suci bersih,

Tanpa noda dan dosa.


Kiriman Baitie_Nur



Baca Sepenuhnya >>

Pertandingan Sayembara Puisi & Cerpen

0 suara


Bersempena Sambutan 80 Tahun PMRAM dan Kemerdekaan ini sayugianya pihak
Kem Latihan Penulis (KELAP) menganjurkan Sayembara Cerpen dan Puisi 2010.
Bertujuan untuk mencungkil dan mengasah bakat ahli dalam penulisan kreatif.

Berikut adalah butiran maklumat tersebut :

1) Terbuka kepada semua ahli PMRAM
2) Tarikh tutup penghantaran karya pada 31 Ogos 2010
3) Karya dihantar kepada emel kelap_pmram@yahoo.com
4) Keputusan pemenang akan dimaklumkan pada 10 September 2010
5) Boleh memilih samada karya cerpen atau sajak atau kedua-duanya sekali

Syarat-syarat penghantaran karya adalah seperti berikut :

1) Karya anda mestilah asli
2) Maksimum karya adalah 2 buah cerpen dan 2 buah puisi
3) Tema karya berkisarkan Kemerdekaan Malaysia dan 80 Tahun PMRAM [Sumbangan,Jasa dan Sejarah ]
4) Karya mestilah yang belum pernah tersiar
5) Hendaklah ditaip dengan menggunakan font Arial saiz 11
5) Karya cerpen sekitar 1800 - 3000 patah perkataan sahaja
6) Biodata peserta wajib disediakan beserta gambar
7) Karya tidak menyentuh mana-mana isu sensitiviti
8) Karya juga hendaklah menerapkan nilai-nilai murni dan pengajaran yang berkesan kepada pembaca.
8) Karya mestilah dihantar menggunakan format Microsoft Word
9) Sila hantar sekali maklumat peribadi peserta :-
- Nama penuh.
- Nama pena (jika ada)
- No. telefon
- Jurusan/Kuliah
- Emel
10) Sebarang kesilapan penulisan atau penghantaran dibawah tanggungjawab peserta
11) Pihak penganjur berhak untuk menggunakan karya peserta bagi tujuan penyiaran.


Selamat Menulis!
" Mangsi Ulama Wacana Dakwah "


Disediakan oleh,
Unit Seminar dan Bengkel
Kem Latihan Penulis (KELAP) 2010
Badan Penerangan Dan Penerbitan & Unit Penerangan Dan Penerbitan HEWI
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Baca Sepenuhnya >>

Kenangan Seminar & Bengkel KELAP baru-baru ini.

Khamis, 4 Mac 2010 0 suara

Baca Sepenuhnya >>

Seminar & Bengkel Penulisan Selesai

Isnin, 1 Mac 2010 0 suara

Alhamdulilah pada tarikh 25 Februari 2010 seperti yang telah direncanakan oleh Ahli Jawatankuasa Pelaksana KELAP [Kem Latihan Penulis ] Seminar & Bengkel Penulisan 2010 telah berlangsung dengan jayanya.

Pendaftaran peserta kali ini amatlah diluar jangkaan kerana pihak KELAP sendiri hanya meletakkan target sekitar 50 orang yang akan menyertainya,namun kehadiran hampir mencecah 80 orang dari seluruh muhafazah (cawangan).Ini membuktikan bahawa masih ramai lagi golongan Azhari ingin berminat untuk menjadikan medium penulisan untuk menyebarkan dakwah .

Sekitar jam 7.30 pagi peserta sudah mula hadir dan mendaftarkan diri .Program dimulakan dengan Ucapan Pembukaan Pengarah KELAP Al-Fadhil Ust Zulhafeez bin Ahmad Zahidi.Dalam ucapan beliau menyatakan rasa terharu dengan keterlibatan ahli untuk menyertai dan masih ada lagi yang ingin mendaftarkan diri walaupun tarikh penyertaan telah ditutup.Beliau juga memohon maaf atas beberapa masalah teknikal dari sudut sebaran maklumat mengenai program tersebut.

Slot Pembentangan " Ada Apa Dengan Pena " dimulakan pada jam 8.45 pagi oleh Pengarah KELAP sendiri .Antara intiaoti pembentangan beliau telah menyentuh beberapa aspek dalam penulisan kreatif seperti puisi dan cerpen juga terdapat beberapa tips-tips sebagai penulis baru.Peserta-peserta juga diminta untuk menghasilkan satu plot daripada cerpen berdasarkan tayangan slide yang disediakan dalam bentuk berkumpulan.

Pembentangan yang memakan masa selama 3 jam ini telah memberi pendedahan awal kepada peserta tentang penulisan kreatif.Tumpuan daripada peserta dan kerjasama yang telah diberikan membuatkan pembentangan untuk slot 1 berjalan dengan lancar.Pada akhir pembentangan beliau meminta beberapa orang daripada peserta untuk mempersembahkan hasil puisi yang telah ditulis dalam tempoh 15 minit sebelum menutup pembentangan

Setelah selesai solat zohor,program diteruskan lagi dengan Forum Lingkaran Penulis PMRAM diantara KELAP-AKAR-TUNAS KARYA .Ust Mohd Dhiaul Iman bin Mohd Shaifuddin mewakili KELAP,manakala Ust Mohd Hakimi bin Abd Mutalib mewakili AKAR dan Ustzh Sharifah Nasyitah pula mewakili TUNAS KARYA .Untuk slot ini,peserta dibentangkan mengenai sejarah kronologi penubuhan setiap akademi dan beberapa cabaran dan ujian dalam melahirkan generasi penulis yang mapan dalam bidang penulisan tanahair.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ketua Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM al-Fadhil Ust Ahmad Taufiq bin Mohd Dahlan sekaligus menyampaikan hadiah untuk peserta Sayembara Penulisan Sempena Kemerdekaan yang lepas.Pemenang untuk kategori cerpen Al-Fadhilah Ustazah Fatin Nazmin bte Mansor dan kategori puisi pula Ustaz Mohd Dhiaul Iman bin Mohd Shaifuddin .

Baca Sepenuhnya >>