Puisi Ramadhan
Jumaat, 19 Ogos 2011 0 suaraSalam Maal Hijrah 1432
Rabu, 8 Disember 2010 0 suaraKem Latihan Penulis PMRAM mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam, khususnya buat mahasiswa/wi Islam dan seluruh ahli PMRAM.
Johan Puisi Sempena Seminar & Bengkel Penulisan Siri 1 2010
Sabtu, 13 November 2010 0 suaraPUISI : PEMENANG PERTAMA
Oleh : Mohd Faiz b. Hamdan - (Tinta sejagat)
PMRAM Cawangan Shoubra
NASKHAH AGUNG
Naskhah agung,
Menyoroti sejarah demi sejarah,
Kegelapan sirna dek kilauan mukjizatMU
Tirus menelusuri jiwa-jiwa insan budiman
Maya tersentuh mulus menerjah.
Naskhah agung,
Satu kurnia penuh makna,
Lolos dibalik kabus kejahilan,
Rima wahyu jalan sebaran,
Rintis tamadun umat sejagat.
Naskhah agung,
Merentap jiwa-jiwa gersang,
Beralun suci dibenak insan,
Yang tertiarap lantas membangun,
Tegar meribat runtunan kalbu.
Naib Juara Puisi Sempena Seminar & Bengkel Penulisan Siri 1 2010
Jumaat, 12 November 2010 0 suaraPUISI : PEMENANG KEDUA
Oleh : Ahmad Muhsin b. Abd Hamid - (Ahmad Jebat)
Zaman menggulung umat,
Asal insan penuh jahiliah,
Terarah ia mengikut samawi,
Bukti Yang Maha Esa tidak
Alpa dan leka.
Dunia ibarat rehal,
Kitab suci itulah akhirat,
Ibarat isi dengan kuku,
Pelukan, dakapan, amaran, pujukan,
Jauhar dari Sang Pencipta.
Seperti padi membawa lalang,
Bukan lalang timbulnya padi,
Dunia nan musnah,
Akhirat itu pasti,
Asalan makhluk dari tuhan.
Dimana bumi dipijak, disitu islam dijunjung,
Biar bergalang nyawa,
Biar berputih tulang,
Berkolam peluh dan tangisan,
Takkan ku tinggal seruan ilahi,
Ibarat rehal menjunjung al-Quran.
Pemenang Puisi Sempena Seminar & Bengkel Penulisan Siri 1 2010
Khamis, 11 November 2010 0 suaraPUISI : PEMENANG KETIGA
Oleh : Nurul Hafiqah bt. Khazamal Haffi Aamos
Al-Quran…
Dulukala dan kini
Kau tetap menjadi temanku
Tika susah dan senang
Kau tetap setia bersamaku
Tapi…
Sesungguhnya
Aku takut
Satu hari nanti
Aku akan meninggalkanmu
Di dalam almari usang
Yang dipenuhi debu kemarau
Kerna aku dalam kealpaan
Kerna aku dalam kelalaian
Namun…
Aku sentiasa berdoa
Dan berazam
Aku takkan meninggalkanmu
Malahan
Aku akan sentiasa merinduimu
Merindui kalam-kalam
Merindui ayat-ayat cinta
Daripada Sang Murabbi
Apabila masanya telah tiba
Kau bantulah aku
Kau sinarilah aku
Kerna kau menjadi
Penerang di dalam kuburku.