Kenangan Seminar & Bengkel KELAP baru-baru ini.

Khamis, 4 Mac 2010 0 suara

Baca Sepenuhnya >>

Seminar & Bengkel Penulisan Selesai

Isnin, 1 Mac 2010 0 suara

Alhamdulilah pada tarikh 25 Februari 2010 seperti yang telah direncanakan oleh Ahli Jawatankuasa Pelaksana KELAP [Kem Latihan Penulis ] Seminar & Bengkel Penulisan 2010 telah berlangsung dengan jayanya.

Pendaftaran peserta kali ini amatlah diluar jangkaan kerana pihak KELAP sendiri hanya meletakkan target sekitar 50 orang yang akan menyertainya,namun kehadiran hampir mencecah 80 orang dari seluruh muhafazah (cawangan).Ini membuktikan bahawa masih ramai lagi golongan Azhari ingin berminat untuk menjadikan medium penulisan untuk menyebarkan dakwah .

Sekitar jam 7.30 pagi peserta sudah mula hadir dan mendaftarkan diri .Program dimulakan dengan Ucapan Pembukaan Pengarah KELAP Al-Fadhil Ust Zulhafeez bin Ahmad Zahidi.Dalam ucapan beliau menyatakan rasa terharu dengan keterlibatan ahli untuk menyertai dan masih ada lagi yang ingin mendaftarkan diri walaupun tarikh penyertaan telah ditutup.Beliau juga memohon maaf atas beberapa masalah teknikal dari sudut sebaran maklumat mengenai program tersebut.

Slot Pembentangan " Ada Apa Dengan Pena " dimulakan pada jam 8.45 pagi oleh Pengarah KELAP sendiri .Antara intiaoti pembentangan beliau telah menyentuh beberapa aspek dalam penulisan kreatif seperti puisi dan cerpen juga terdapat beberapa tips-tips sebagai penulis baru.Peserta-peserta juga diminta untuk menghasilkan satu plot daripada cerpen berdasarkan tayangan slide yang disediakan dalam bentuk berkumpulan.

Pembentangan yang memakan masa selama 3 jam ini telah memberi pendedahan awal kepada peserta tentang penulisan kreatif.Tumpuan daripada peserta dan kerjasama yang telah diberikan membuatkan pembentangan untuk slot 1 berjalan dengan lancar.Pada akhir pembentangan beliau meminta beberapa orang daripada peserta untuk mempersembahkan hasil puisi yang telah ditulis dalam tempoh 15 minit sebelum menutup pembentangan

Setelah selesai solat zohor,program diteruskan lagi dengan Forum Lingkaran Penulis PMRAM diantara KELAP-AKAR-TUNAS KARYA .Ust Mohd Dhiaul Iman bin Mohd Shaifuddin mewakili KELAP,manakala Ust Mohd Hakimi bin Abd Mutalib mewakili AKAR dan Ustzh Sharifah Nasyitah pula mewakili TUNAS KARYA .Untuk slot ini,peserta dibentangkan mengenai sejarah kronologi penubuhan setiap akademi dan beberapa cabaran dan ujian dalam melahirkan generasi penulis yang mapan dalam bidang penulisan tanahair.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ketua Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM al-Fadhil Ust Ahmad Taufiq bin Mohd Dahlan sekaligus menyampaikan hadiah untuk peserta Sayembara Penulisan Sempena Kemerdekaan yang lepas.Pemenang untuk kategori cerpen Al-Fadhilah Ustazah Fatin Nazmin bte Mansor dan kategori puisi pula Ustaz Mohd Dhiaul Iman bin Mohd Shaifuddin .

Baca Sepenuhnya >>