Pantun Nasihat

Sabtu, 21 Januari 2012

Rasul diutus membawa rahmat,

Untuk manusia dalam alam sejagat,

Syariat dipatuh perintah ditaat,

Supaya hidup mendapat berkat.


Al-Quran dan sunnah sebagai panduan,

Dijamin selamat hingga akhir zaman,

Jadikan ulama’ pemandu jalan,

Hilang derita datanglah aman.


Bersangka buruk, mengumpat dan mengeji,

Penyakit warisan zaman berzaman,

Gantikan dengan sifat terpuji,

Supaya hidup dirahmati Tuhan.


Dua jalan sebagai pilihan,

Hendak ke kiri atau ke kanan,

Beruntunglah mereka yang punya kecerdikan,

Si bodoh pula menyesal berpanjangan.


Rintihan hamba kerana dosa,

Itulah tanda kita manusia,

Taubat jangan ditunda-tunda,

Ajal tidak mengenal usia.


Cinta dunia takutkan mati,

Amaran diberi Rasul Ilahi,

Kumpul harta tak henti-henti,

Bekal akhirat langsung tak berahi.


Hidup mesti ada matlamat,

Hendakkan dunia atau akhirat,

Kejar dunia, akhirat tak dapat,

Kejar akhirat, dunia memikat.


Takkan berganjak dua tapak kaki,

Hingga ditanya semua soalan,

Muhasabah semula masa yang berbaki,

Nilai semula semua amalan.


Ilmu diteroka tanpa henti,

Guru dicari ‘menadah’ kitab,

‘Ayat’ Allah perlu diperhati,

Itulah sifat ulul albab.


Nasihat diberi untuk ikutan,

Buat diri dan juga teman,

Bina diri dan juga kekuatan,

Supaya tak tersungkur di tengah jalan.


Terlalu banyak nasihat berguna,

Diambil secebis tatapan bersama,

‘Tak boleh’ satu ambillah semua,

Untuk hidup yang lebih bahagia.



Nukilan :

Muhammad Fakhrur Ridzwan Bin Othman

Tahun 1, Takhassus Qiraat

♥ ANDA SUKAKAN ARTIKEL INI?? JANGAN LUPA KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA ♥
Facebook Twitter StumbleUpon Digg Delicious Reddit Technorati Mixx Linkedin
[Get this Widget]

1 suara:

  • Yes! Fіnally something about 000 btu.

    Here is my ωebpage: pikavippi
    Also visit my webpage ... pikavippi