Sayembara Cerpen Berunsur Islam GKLN 2008

Jumaat, 28 Mac 2008


Sayembara Cerpen Islami GKLN 2008merupakan sayembara cerpen yang julung kali diadakan oleh Grup Karyawan Luar Negara untuk seluruh ahlinya dari pelbagai negara. Selain meliputi rangkaian geografi yang luas, sayembara ini juga merupakan yang pertama anjuran GKLN meliputi genre cerpen dengan masih menekankan nuansa Islami sebagai terasnya. Sayembara cerpen ini berfungsi sebagai serampang dua mata bagi membantu meningkatkan penghayatan dan kesedaran para pelajar di luar Negara dalam aspek kerohanian di samping memberikan pendedahan kepada para peserta yang majoritinya pelajar sains terhadap dunia sastera dan penulisan sebagai aktiviti sisi alternatif kepada mereka yang wajar diceburi sekaligus memperkembangkan potensinya sebagai wadah dakwah yang merangsang. Untuk makluman lanjut sila lawati blog GLKN.
♥ ANDA SUKAKAN ARTIKEL INI?? JANGAN LUPA KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA ♥
Facebook Twitter StumbleUpon Digg Delicious Reddit Technorati Mixx Linkedin
[Get this Widget]

0 suara: