Sayembara Cerpen dan Puisi 09

Isnin, 3 Ogos 2009


Bersempena bulan kemerdekaan ini sayugianya pihak Kem Latihan Penulis (kelap) menganjurkan sayembara cerpen dan puisi 09. Bertujuan untuk mencungkil dan mengasah bakat ahli dalam mandala penulisan.

Berikut adalah butiran maklumat tersebut :

1) Terbuka kepada semua ahli
2) Tarikh tutup penghantaran karya pada 20 Ogos 2009
3) Karya dihantar kepada emel kelap_pmram@yahoo.com
4) Keputusan pemenang akan dimaklumkan pada 31 Ogos 2009
5)Boleh memilih samada karya cerpen atau sajak atau kedua-duanya sekali

Syarat-syarat penghantaran karya adalah seperti berikut :

1) Karya anda mestilah asli
2) Maksimum karya adalah 2 buah cerpen dan 2 buah puisi
3) Tema karya adalah bebas
4) Karya mestilah yang belum pernah tersiar
5) Karya cerpen sekitar 1800 - 3000 patah perkataan sahaja
6) Biodata peserta wajib disediakan
7) Karya tidak menyentuh mana-mana isu sensitiviti
8) Karya mestilah dihantar menggunakan format Microsoft Word
9) Sebarang kesilapan penulisan atau penghantaran dibawah tanggungjawab peserta
10) Pihak penganjur berhak untuk menggunakan karya peserta bagi tujuan penyiaran.


Selamat Menulis!


" Mangsi Ulama Wacana Dakwah "



Disediakan oleh Unit Seminar dan Bengkel
Kem Latihan Penulis (kelap) 09
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)



♥ ANDA SUKAKAN ARTIKEL INI?? JANGAN LUPA KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA ♥
Facebook Twitter StumbleUpon Digg Delicious Reddit Technorati Mixx Linkedin
[Get this Widget]

5 suara:

  • lailati

    saya nak masuk boleh?

  • typeace

    otai tak boleh sertai....takut menang

  • lailati

    saya takut kalah T_T

  • Han Ri

    Ingin cuba juga. Boleh ka? :D

  • HambaMusafirPerindu

    kalo dah agak otai2 nie tak perlu bertanding..confirm dAH menang kan..hehehehe..pengarah takpe lagi masuk coz belum otai lagi hehehehe..