Ina! Jangan! hah…….
umar tersedar daripada tidur. Dadanya berombak-ombak menarik nafas yang seakan menyempit.
Mimpi ngeri itu berulang buat kesekian kalinya. Bagaikan sebuah bongkah besar
yang memberati kepalanya, bingung memikirkan petunjuk mimpi itu. Dia bingkas
bangun untuk bertahajud, buat penyegar diri dan melepaskan rindu dalam munajat
kepada Ilahi.
Selesai subuh di
masjid, kakinya pantas mengalun langkah pulang.
“Assalamualaikum…”.
Pintu rumah dikuak. Kelihatan wajah Ihsan yang baru sahaja selesai berwuduk
tersenyum sinis di balik sofa sambil tangannya menggerak-gerakkan Khairi yang
sedang nyenyak diulit mimpi.
“Enta baru balik
Mar,…. kenapa enta tak kejut ana bangun?”. Ihsan sedikit mengeluh, kecewa
kerana terlepas berjemaah di masjid.
“huhh! kalau ana
kejutkan enta nanti ana yang akan lambat ke masjid. Lain kali bangun sendiri.
selalukan enta bangun sendiri!!” Umar lantas berpaling lalu masuk ke biliknya.
“astaghfirullahal’azim…”
Ehsan menggeleng-gelengkan kepalanya. Bagi Umar, cukuplah dia menjadi sempurna
dengan kebaikan yang ada pada dirinya, tidak perlu bersusah-payah ‘menjaga tepi
kain orang lain’.
*********************************************************************************
Umar merupakan seorang
yang rajin ke kelas-kelas pengajian. Pakaian dan penampilannya sentiasa lengkap
berjubah dan berserban. Manakala Ihsan, berperwatakan baik, sahabat yang ramah
dan merendah diri.
Lain pula dengan Khairi, mahasiswa baru
jurusan perubatan Universiti Mansurah. Dia meminati artis-artis barat dengan
lagu-lagu ‘lagho’ mereka. “modern” katanya. Bait-bait nyanyian Justin Beiber
dan Mariah carey ibarat zikir-zikir yang meniti di bibirnya.
Meskipun mereka
bertiga tinggal dalam satu rumah, namun sikap mereka sangat berbeza. Umar kelihaan
seperti seorang yang warak, Ihsan seperti biasa-biasa sahaja, manakala Khairi
seorang yang agak kebaratan.
**********************************************************************************
“Khairi…..bangun
solat!!! dah lewat ni…. tak elok
lambatkan solat. Lepas maghrib ni kami nak keluar. bebel Ihsan. Khairi
mendengus dan memusingkan badannya ke dinding tanda protes.
Begitulah sikap Khairi yang memeningkan
Ihsan. Setiap kali ditegur dan dinasihati oleh Ihsan, dia mengabaikannya. Umar
pula malas untuk menasihati Khairi kerana dia menganggap Khairi tidak akan
berubah.
*********************************
Suatu pagi, ketika
Umar sedang bersarapan menikmati roti canai di dapur, Ihsan menjengah sambil
tangannya mencapai air teh panas.
“Umar, ana ada sesuatu
nak cakap dengan enta ni….”
“Apadia?” Tanya Umar
kehairanan.
“ana bukan apa, ana
cuma kagum tengok enta sangat istiqomah menjaga sunnah Rasulullah dengan
berjubah , berserban setiap masa. Makan pun guna tiga jari je. Tapi, yang
peliknya, kenapa enta boleh laksanakan sunnah-sunnah Nabi itu sedangkan enta
tinggalkan sunnah Nabi yang lebih besar?”. Suara Ihsan seakan sedikit meninggi,
namun tetap lembut seperti biasa.
“apa yang enta
maksudkan Ihsan? ana tak faham.”
“enta tinggalkan amar
makruf dan nahi mungkar, Umar. Enta biarkan sahabat-sahabat enta
terumbang-ambing tanpa bimbingan.”
“ana rasa kalau enta sendiri
yang nasihatkan Khairi, mesti Khairi boleh ‘respect’ dan boleh dengar cakap
enta”. Ihsan menolak kerusi dan beredar membawa perasaan kecewa yang amat dalam
terhadap Umar.
Umar kaget.
Tiba-tiba kotak
ingatan Umar berputar ligat mengenangkan kisah silamnya. Tanpa diminta, air
matanya gugur satu persatu.
Tragedi kebakaran 5 tahun lalu
mengingatkan Umar kepada adik bongsunya, Ina. Ingatan itu subur kembali dek
mimpi-mimpi yang datang kepadanya saban malam. Umar tersentak lantas bangun
daripada tidur setiap kali namanya dipanggil-panggil Ina tatkala adiknya hampir
terjatuh ke dalam jurang api marak.
Memori pahit dahulu mencuri sedikit
ketenangan Umar. Ketika itu, Umar hanya memandang adiknya yang sedang tidur
tanpa berusaha untuk membangunkan dan menyelamatkannya. Umar khuatir sekiranya
dia akan mati di telan api marak di sekelilingnya. Lalu dia meninggalkan
adiknya sendirian dalam debu-debu asap yang kian menebal.
Umar menyesal. Dia punyai peluang
menyelamatkan adiknya, namun dia terlalu pentingkan diri hingga sanggup
membiarkan adiknya mati!.
********************************************************************************
“Aku tak nak ulangi
kesilapan lalu”. Dalam deraian air mata, Umar bermunajat memohon petunjuk dan
keampunan Tuhan.
******************************************************************************
“Asslamualaikum…… Ihsan, Umar jom kita pergi
talaqqi. Malam ni ada kelas Tauhid di Masjid”. Suara Khairi memecah kesunyian
malam. Ihsan dan Umar tersenyum.
candle_light
candle_light
Usuluddin,
Kaherah
0 suara:
Catat Ulasan