Penulisan adalah salah satu bidang yang
memungkinkan anda untuk mempelajari dan mengetahui semua perkara. Agama, sains,
sukan, seni, kemahiran dan pelbagai bidang lain lagi berlegar dalam kotak
maklumat anda. Lantas segala isi maklumat ini diterjemahkan dalam bentuk perkataan
yang indah dan difahami dan terus disebarkan seantero benua.
Indah bukan berada dalam dunia pena.
Tidak ada sebarang sekatan, hanya bernoktahkan iman dan keyakinan terhadap Allah
SWT menjadikan muncung pena kita semua tidak dapat mencerobus ke sebarang
simpang.
Dengan sedikit keluasan waktu yang
diberikan ini izinkan saya untuk berkongsi sedikit penawar buat semua penggemar
dunia penulisan.
1. Bahasa
Bahasa merupakan
alat yang penting kepada bidang penulisan ini. Apa jua idea yang mahu
dicernakan, maka bahasalah yang menjadi alat penyampaian daripada idea yang
hanya melingkar di urat saraf kepada khalayak pembaca.
Begitu juga dalam
aspek tatabahasa. Harus diingat seorang editor yang bakal memeriksa karya seorang
penulis bukanlah seorang pembaca pruf yang sepatutnya berdepan dengan kelemahan
tatabahasa dan kemudiannya terpaksa pula membetulkan. Walaupun tugas tersebut
adalah tugas editor, tetapi editor juga adalah seorang manusia yang mempunyai
emosi dan perasaan. Tugas seorang editor tidak hanya sekadar untuk mengubah
koma kepada noktah yang telah dilakukan oleh anda secara berulang-ulang.
2. Ketabahan
Tidak ada seorang
pun karyawan agong yang terus menghasilkan karya besar ketika pertama kali
menulis. A.Samad Said, Shahnon Ahmad, Azizi Abdullah, Zaharah Nawawi, Khadijah
Hasyim dan lain-lain tidak dilahirkan dengan pena di tangan dan terus
menghasilkan novel yang menjadi kegemaran khalayak ramai.
Kita harus meneriama
hakikat bahawa hasil karya kita masih banyak lompang dan seandainya dihantar ke
penerbitan atau editor mungkin bakal ditolak. Realitinya, apa jua yang kita
tulis, mungkin boleh ditulis dengan lebih lagi seandainya usaha kita dibekalkan
dengan ketabahan dan keazzaman yang tinggi.
3.Kepercayaan
Kepercayaan ini
membentuk azam untuk menulis sesuatu yang ada pada fikiran kita dan kita
percaya wajar untuk dikongsi oleh khalayak pembaca. Idea yang sedang berlingkar
dalam urat saraf kita penting untuk dibentangkan kepda orang lain.
Tanpa kepercayaan,
seseorang penulis tidak mempunyai kemampuan untuk meneruskan penulisannya,
malah berasa ragu-ragu untuk melahirkan fikrah dan pandangan yang dimiliki.
4.Hadaf
Letakkan hadaf
ketika menulis. Kataka sehari satu muka surat, atau pada minggu ini sebuah
cerpen bakal diselesaikan, Insya-Allah. Walau bagaimanapun, jangan gundah
andainya hadaf ini tidak tercapai kerana penulis tidak perlu tergopoh-gapah.
Hadaf ini diletakkan supaya kita tidak meninggalkan bahan tulisan kita dalam
waktu yang cukup berjarak sehingga idea yang sepatutnya boleh dikembangkan
dengan baik, mati dan tidak sempat dibangkitkan semula.
Akhirnya jadikan
penulisan kita sebagi suatu yang berguna kepada kepada pembaca. Jadikan ia
bernafas dan berjiwa. Salam sayang buat semua pendamai bahasa, moga kita semua
diberi ketenangan dalam berbahasa.
Safwan Abdullah
Takhasus Qiraat
Tahun 2
0 suara:
Catat Ulasan