Keputusan Sayembara Cerpen & Puisi 09

Isnin, 31 Ogos 2009 1 suara


Keputusan Sayembara Cerpen & puisi 09

Setelah berakhirnya penilaian terhadap karya-karya yang dipertandingkan, maka dengan ini pihak Kem Latihan Penulis (KELAP) menyiarkan keputusan penuh sayembara 09.



[ Kategori Cerpen ]


Nama : Fatin Nazmin binti Mansor
Fakulti: Maahad Qiraat Mansurah
Tahun: satu

Bukan Cleopatra

Pemulaan Cerita
1/3
Babakan
8/10
Rangsangan Cerita
2/5
Laras bahasa [ Puitis ]
6/10
Kreativiti Pengungkapan Ide
5/10
Kesalahan Ejaan / Tanda Baca / Tatabahasa / Kontradiksi
-2/-10
Plot/Kekukuhan Jalan Cerita
7/10
Penutup [Peleraian]
2/3
Jumlah Keseluruhan
29

Komentar:
Cerita sangat menarik, dan kukuh. Imbasan dan babakan dimasukkan dengan kemas. Tahniah. Cuma satu komen, 4 perenggan dibentangkan, sebelum nama Laila masuk ke dalam cerita, adalah terlalu panjang.



Nama : Fatin Nazmin binti Mansor
Fakulti: Maahad Qiraat Mansurah
Tahun: satu

Muhasabah dari Gaza

Pemulaan Cerita
2/3
Babakan
6/10
Rangsangan Cerita
3/5
Laras bahasa [ Puitis ]
4/10
Kreativiti Pengungkapan Ide
5/10
Kesalahan Ejaan / Tanda Baca / Tatabahasa / Kontradiksi
-2/-10
Plot/Kekukuhan Jalan Cerita
6/10
Penutup [Peleraian]
2/3
Jumlah Keseluruhan
26

Komentar:
Cerpen aksi. Baik. Penyampaian pada permulaan sudah baik. Namun menurun di pertengahan dan di pengakhiran. Dialog kurang. Namun babakan elok dan memuaskan. Babakan dibentuk dari perpindahan dari satu peristiwa kepada satu peristiwa. Namun pengungkapan ayat boleh diperelokkan lagi, dengan membentuk ayat yang puitis. Boleh dtingkatkan lagi kreativiti pengungkapan idea.



Nama : Mior Khabir Zikri bin Mior Ahmad Zaini
Fakulti: Qiraat Shoubra
Tahun: Tiga

Vektor

Pemulaan Cerita
3/3
Babakan
6/10
Rangsangan Cerita
4/5
Laras bahasa [ Puitis ]
4/10
Kreativiti Pengungkapan Ide
6/10
Kesalahan Ejaan / Tanda Baca / Tatabahasa / Kontradiksi
-4/-10
Plot/Kekukuhan Jalan Cerita
5/10
Penutup [Peleraian]
1/3
Jumlah Keseluruhan
25

Komentar:
Cerpen aksi. Bahasa sederhana. Aksi menjadi. Namun terlalu banyak dialog, tak diseimbangkan dengan ayat diskripsi. Kontradiksi berlaku – antara membunuh, dan menuduh orang tidak takutkan Allah. Tiada kesudahan. Tergandung. Tiada peleraian kepada isu utama. Dan tanpa pembayang. Beberapa perkara tanpa penjelasan, seperti kenapa lelaki kena virus itu tidak mati.



Nama: Nabila Hanis Yaacob
Fakulti: perubatan Al-Azhar Kaherah
Tahun: pra


Tarbiyah Ukhuwwah

Pemulaan Cerita
1/3
Babakan
4/10
Rangsangan Cerita
3/5
Laras bahasa [ Puitis ]
4/10
Kreativiti Pengungkapan Ide
4/10
Kesalahan Ejaan / Tanda Baca / Tatabahasa / Kontradiksi
-1/-10
Plot/Kekukuhan Jalan Cerita
4/10
Penutup [Peleraian]
1/3
Jumlah Keseluruhan
20

Komentar:
Tema yang bagus. Cerpen dibina dengan konsep kekeliruan di pertengahan cerita diuraikan di akhir cerita. Beberapa konflik silap faham diwujudkan di pertengahan cerita, tetapi kurang kukuh. Setakat konfliks ringan. Ayat kurang lancar, kerana ketidaktepatan pemilihan kalimah di beberapa bahagian. Tema yang kurang realiti. Babakan dibina dalam ayat diskripsi. Itu baik, kemaskan penyampaian, kerana terlalu panjang dan lewah. Asing-keluarkan bahagian yang tak membantu tema.



Nama : Hani 'Izzati Binti Yaakub
Fakulti: Perubatan Universiti Al-Azhar,Kaherah
Tahun: Satu

Rhubarb Turki Sunan

Pemulaan Cerita
1/3
Babakan
5/10
Rangsangan Cerita
3/5
Laras bahasa [ Puitis ]
4/10
Kreativiti Pengungkapan Ide
4/10
Kesalahan Ejaan / Tanda Baca / Tatabahasa / Kontradiksi
-1/-10
Plot/Kekukuhan Jalan Cerita
4/10
Penutup [Peleraian]
2/3
Jumlah Keseluruhan
22


Komentar:
Ceramah di awal cerita adalah tidak perlu. Atau diolah supaya tidak menjadi seperti ceramah dan ditampal-tampal dalam karya. Gunakan cara penyampaian tidak langsung. Terlalu panjang, dan terdapat lewah. Perbaiki dengan memasukkan secara selang seli antara ayat diskripsi dengan dialog. Antara suasana dan tema. Yang kurang penting, boleh dikeluarkan dari cerita. Tema bagus, Cuma penyampaian kurang mengesankan.


Pemenang bagi kategori cerpen adalah :
Fatin Nazmin binti Mansor - Bukan Cleopatra



[ Puisi ]


Nama : Mohd Zainureen bin Mahamud
Fakulti: Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Kaherah
Tahun:

Atas Nama Bonda

Tema /Gagasan/Ide
5/10
Bahasa Puitis / Gaya
4/10
Kejituan Persembahan
3/10
Tanda Baca/Kesalahan
-2/-3
Pemilihan Diksi
3/10
Rima/Kelangsungan
2/5
Jumlah
15

Komentar:
Maksud sajak yang baik, namun bahasa terlalu langsung. Perbanyakkan menggunakan unsur-unsur estitika dalam sajak seperti perlambangan, dan lain-lain.


Nama : Mohd Dhiaul Iman bin Shaifuddin
Fakulti: Usuluddin Universiti Al Azhar, Kaherah
Tahun: satu

Bahasa Pena

Tema /Gagasan/Ide
8/10
Bahasa Puitis / Gaya
6/10
Kejituan Persembahan
8/10
Tanda Baca/Kesalahan
-1/-3
Pemilihan Diksi
6/10
Rima/Kelangsungan
4/5
Jumlah
31

Komentar:
Makna yang baik, dan memukau, namun di beberapa bahagian agak kabur, hingga hampir boleh menjadi kontradiksi jika disalahfaham. Diksi boleh diperkemas dengan pemilihan yang lebih berhati-hati.



Nama : Maryam Jamilah Bt. Haris
Fakulti: Syariah Islamiah, Iskandariah
Tahun: Empat

Hanya Kalian

Tema /Gagasan/Ide
4/10
Bahasa Puitis / Gaya
3/10
Kejituan Persembahan
3/10
Tanda Baca/Kesalahan
-2/-3
Pemilihan Diksi
3/10
Rima/Kelangsungan
1/5
Jumlah
12

Komentar:
Maksud yang baik, namun tiada unsur puitis, bahkan penyampaian kurang jitu. Halusi maksud terlebih dahulu, kemudian indahkan cara pengungkapan dengan estitika puisi seperti perlambangan, metafora dan lain-lain.



Nama : Kamal Ariff Bin Mohd Bakri
Fakulti: Syariah Islamiah Kaherah.
Tahun:

Kunantikan Ramadhan

Tema /Gagasan/Ide
5/10
Bahasa Puitis / Gaya
4/10
Kejituan Persembahan
3/10
Tanda Baca/Kesalahan
-1/-3
Pemilihan Diksi
4/10
Rima/Kelangsungan
2/5
Jumlah
17

Komentar:
Maksud yang baik, namun penyampaian terlalu langsung, kurang nilai seni dan puitis, tidak memperhalusi pemilihan setiap patah kata, dan ada maksud yang kurang difahami.



Nama : Zuhaida binti Zainon
Fakulti: Usuluddin, Iskandariah
Tahun: Tiga

Puisi Sebuah Merdeka

Tema /Gagasan/Ide
6/10
Bahasa Puitis / Gaya
7/10
Kejituan Persembahan
6/10
Tanda Baca/Kesalahan
0/-3
Pemilihan Diksi
7/10
Rima/Kelangsungan
4/5
Jumlah
30

Komentar:
Maksud yang baik, menakjubkan, Bahasa yang baik, dan cemerlang. Di rangkap-rangkap terakhir, ada unsur kurang padan, ketika cuba membina perbandingan. Pemilihan kata sudah kemas, cuma perkemaskan lagi kejituan persembahan makna dan tema juga idea.



Nama : Maryam Jamilah Bt. Haris
Fakulti: Syariah Islamiah, Iskandariah
Tahun: Empat

Seorang Teman Itu

Tema /Gagasan/Ide
4/10
Bahasa Puitis / Gaya
3/10
Kejituan Persembahan
3/10
Tanda Baca/Kesalahan
-2/-3
Pemilihan Diksi
3/10
Rima/Kelangsungan
2/5
Jumlah
13

Komentar:
Maksud yang baik, Cuma kabur.Bahasa terlalu langsung. Perkemaskan ide supaya lebih mantap, kemudian pilih diksi terbaik, teringkas dan paling mengesankan. Sampaikan kepanjangan makna dengan kependekan lafaz.



Nama : Kamal Ariff Bin Mohd Bakri
Fakulti: Syariah Islamiah Kaherah.
Tahun:

Usia Muda

Tema /Gagasan/Ide
5/10
Bahasa Puitis / Gaya
4/10
Kejituan Persembahan
4/10
Tanda Baca/Kesalahan
-2/-3
Pemilihan Diksi
4/10
Rima/Kelangsungan
3/5
Jumlah
18

Komentar:
Maksud yang baik. Bahasa yang langsung. Perkemaskan pemilihan kata, supaya setiap patah memberi efek yang tersendiri, atau padanan kata memberi efek tertentu.



Nama: Nabila Hanis Yaacob
Fakulti: perubatan al-Azhar Kaherah
Tahun: pra

Warna Warni Alam

Tema /Gagasan/Ide
5/10
Bahasa Puitis / Gaya
4/10
Kejituan Persembahan
3/10
Tanda Baca/Kesalahan
-1/-3
Pemilihan Diksi
3/10
Rima/Kelangsungan
3/5
Jumlah
17

Komentar:
Maksud yang baik, namun bahasa terlalu langsung. Tidak banyak terdapat unsur puitis. Maksud harus disulam kemas di dalam kata yang ekonomik. Jimatkan kata, indahkan pengungkapan.


Pemenang bagi kategori puisi adalah :
Mohd Dhiaul Iman bin Shaifuddin – Bahasa Pena


Panel penilai adalah Mohd Zaki bin M. Noor. Merupakan Moderator Kem Latihan Penulis.

Tahniah kepada pemenang. Penyerahan hadiah akan dimaklumkan kemudian.

Setiap karya peserta akan dipaparkan dalam keluaran akan datang.



Baca Sepenuhnya >>

Sayembara Cerpen dan Puisi 09

Isnin, 3 Ogos 2009 5 suara


Bersempena bulan kemerdekaan ini sayugianya pihak Kem Latihan Penulis (kelap) menganjurkan sayembara cerpen dan puisi 09. Bertujuan untuk mencungkil dan mengasah bakat ahli dalam mandala penulisan.

Berikut adalah butiran maklumat tersebut :

1) Terbuka kepada semua ahli
2) Tarikh tutup penghantaran karya pada 20 Ogos 2009
3) Karya dihantar kepada emel kelap_pmram@yahoo.com
4) Keputusan pemenang akan dimaklumkan pada 31 Ogos 2009
5)Boleh memilih samada karya cerpen atau sajak atau kedua-duanya sekali

Syarat-syarat penghantaran karya adalah seperti berikut :

1) Karya anda mestilah asli
2) Maksimum karya adalah 2 buah cerpen dan 2 buah puisi
3) Tema karya adalah bebas
4) Karya mestilah yang belum pernah tersiar
5) Karya cerpen sekitar 1800 - 3000 patah perkataan sahaja
6) Biodata peserta wajib disediakan
7) Karya tidak menyentuh mana-mana isu sensitiviti
8) Karya mestilah dihantar menggunakan format Microsoft Word
9) Sebarang kesilapan penulisan atau penghantaran dibawah tanggungjawab peserta
10) Pihak penganjur berhak untuk menggunakan karya peserta bagi tujuan penyiaran.


Selamat Menulis!


" Mangsi Ulama Wacana Dakwah "



Disediakan oleh Unit Seminar dan Bengkel
Kem Latihan Penulis (kelap) 09
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)



Baca Sepenuhnya >>

Konferens Karya Siri 2

Rabu, 15 Julai 2009 0 suara



Konferens karya kini kembali lagi.



Assalamualaikum.

Makluman untuk komuniti penulis baru.

Kita akan meneruskan konferens karya untuk kali kedua akan datang. Berikut adalah maklumat tersebut :



Tarikh : 25/ 7/ 2009 (cadangan)

Hari : Sabtu

Jam : 10.00 Pagi (Mesir) - 3.00 Petang (Malaysia)



Syarat-syarat penyertaan :

1) Menyediakan sebuah karya untuk dikongsi bersama. (karya peribadi)

* Mukaddimah cerpen sekitar 3-4 perenggan.

* Tema dan fiksyen adalah terbuka.

* Karya dihantar ke konferens_karya@yahoo.com selewat-lewatnya dua hari sebelum tarikh konferens.

* Fail karya mestilah berbentuk Microsoft Word

* Berikut adalah contoh format karya :



Nama : Mohd Khairuddin bin Osman

Nama Pena : Mujahid

Lokasi : Kaherah - Mesir

Lagenda Gadis Kedai bunga



Dia mencari pasti di lorong sepi kota pinggiran. Sunyi dari bingar dan kesesakan kenderaan. Dia masih setia menanti jawapan dari penghuni lama yang berkumis tebal sambil bersantai leka di warung kecil. Dia tekun mendengar penjelasan daripada si tua itu tentang kisah lalu. Dia sayu mencula egonya untuk menerima hakikat sebuah kisah yang mencalar memori.

"Dulu memang Pak Andak setuju dengan kata-kata kamu. Kedai bunga itu memang ada di situ. Tapi itu 10 tahun yang lampau. Selepas pemiliknya menjual kedai itu kepada seorang taukeh Cina berlaku pembunuhan misteri ke atas bekas pemilik kedai itu suami isteri. Tapi tiada sebarang siasatan yang dilakukan. Seolah-olah pembunuhan itu telah dirancang oleh pihak tertentu." Pak Andak berhenti berbicara sambil mengeluh pasrah.

Dia masih terkedu mendengar kisah itu. Dia bagai terpukau mendengar antologi sebuah lagenda yang khilaf pada minda fikirnya. Dia tersenyum bagai dipaksa. Kenangan lalu masih seolah-olah terbayang di depan matanya. Dia menoleh semula ke lokasi kedai bunga tempat Dia menemui kekasih hatinya Wirda. Hakikatnya memang tiada kedai bunga di situ. Cuma sebuah memori lalu menghantui akalnya.

——————————————————contoh —————————————————



2) Menyediakan kemudahan asas konferens iaitu mikrofon dan speaker

3) Tidak melakukan sebarang perkara yang menggangu kelancaran program

4) Saling menghormati antara peserta.

5) Bersikap berlapang dada.



Sebarang persoalan boleh diajukan ke emel atau YM. [konferens_karya@yahoo.com]



* Konferens karya hanya akan dijalankan sekiranya mencapai 10 orang termasuk karya.



Selamat Berkarya!


Blog Rasmi layari http//www.karyakita.blogsome.com

Baca Sepenuhnya >>

Antologi Terkini

Selasa, 5 Mei 2009 1 suara

Antologi cerpen hasil garapan dua mahasiswa. 'AKU PUN TAHU'


Hasil nukilan saudara :

1) Muhammad Najid Abdullah
2)Mohd Zahid Abu Bakar

Dapatkan segera di koperasi-koperasi Bkan dan Dpm

Hanya L.E 10.00
Baca Sepenuhnya >>

Antologi Karya Adabuna (Akad) I: Cerpen

Khamis, 30 April 2009 0 suara
Nama projek: Antologi Karya Adabuna (Akad) I: Cerpen

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)



Saya diminta untuk mewar-warkan mengenai projek Antologi AKAD. Intipati dari e-mel Abang Nazmi, saya paparkan di sini. Masih berwaktu.

Antologi Karya Adabuna (Akad) I: Cerpen

Nama projek: Antologi Karya Adabuna (Akad) I: Cerpen

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Peserta: Cerpenis yang sedang atau telah mendapat pendidikan sama ada peringkat menengah, diploma, sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah serta pendidikan madrasah di negara Arab atau Timur Tengah.

Genre: Cerpen

Jumlah: Dua (setiap cerpenis dibenarkan menghantar maksimum dua buah cerpen)

Butir lanjut:-
1. Cerpen tidak terkeluar daripada sastera Islam dalam pengertian yang luas serta tidak lari daripada syariat Islam.

2. Cerpen sebaik-baiknya menggunakan latar negara di Timur Tengah tetapi watak utama hendaklah watak orang Malaysia. Sekiranya menggunakan watak utama sebagai bangsa asing seperti masyarakat Arab, watak sampingan hendaklah watak orang Malaysia dengan syarat kewujudan watak itu turut mendominasi plot dan penceritaan. Hal ini supaya cerpen tidak terkeluar daripada konteks sastera kebangsaan.

3. Panjang cerpen antara 1,800 hingga 3,000 patah perkataan.

4. Hak cipta kekal di tangan pengarang dan urusan membabitkan kontrak dengan penerbit hanya akan dibuat selepas cerpen diterima dan penerimaan itu dimaklumkan kepada pengarang.

5. Cerpen yang dihantar sama ada karya yang baru atau yang sudah tersiar di media tetapi bukan karya yang dihantar untuk hadiah dan peraduan penulisan yang belum diumumkan keputusannya. Cerpen yang dihantar untuk hadiah atau peraduan tetapi tidak tersenarai sebagai pemenang dan tidak dibukukan oleh penganjur, boleh dikirimkan untuk Akad I: Cerpen.

6. Naskhah dikirim kepada Mohd Nazmi Yaakub melalui e-mel bukunotakaki@ yahoo.com bersama-sama surat akuan penyerahan manuskrip.

Jadual gerak kerja
Tarikh tutup: 15 Mei 2009
Selesai edit: 31 Mei 2009
Naskhah dikirim kembali kepada pengarang untuk persetujuan edit: 5 Jun 2009
Naskhah dikirim kepada penyelenggara: 10 Jun 2009
Serahan manuskrip kepada DBP: 15 Jun 2009

Pastikan anda menyertai Adabuna sebelum menghantar bahan. Hubungi Abang Nazmi [bukunotakaki].

kredit kepada adabunis
http://mohdzaki.blogspot.com/2009/04/akad.html

Baca Sepenuhnya >>