
"aku bukan seperti yang dulu"
Jumaat, 30 Disember 2011 0 suara
SECAWAN TARBIAH, SEPINGGANG MAKSIAT DAN SEGUNUNG RAHMAT
Sabtu, 24 Disember 2011 0 suara
“Indahnya hidup ini jika dipenuhi dgn suasana yg sentiasa ditarbiyah, segala-galanya tersusun indah, setiap masalah punya formula penyelesaiannya, setiap duka dan lara punya vaksin untuk mengubatinya”. Tetapi malangnya, yang berlaku sebaliknya buat insan ini, takdir Allah mengatasi perancangannya..
‘Arghh!!.. bila lagi engkau nak berubah ni?’
‘hmm.. lagi pun,bukannya salah yang kau buat ni..’
‘ishh.. setiap kali terdetik perkataan nak berubah je mesti ada sesuatu yang indah menjelma, umpama dalam hati ada taman.. segalanya indah walaupun salah..’
Aisyah Humaira’, rupa seindah namanya. Permata berharga dibesarkan ibu dab bapanya buat agama tercinta. Segalanya dicurahkan dengan acuan tarbiyah. Itulah dirinya, apa lagi yang abi dan umminya belum curahkan, bahkan segalanya sudah ditanam di dalam dirinya sejak kecil..
“Humaira’, enti dah solat belum? dari tadi ana tengok asyik je enti ber’sms’.. tau la keje banyak pun..”
“Allah, ana tak solat lagi!.. syukran mukhlisah tolong ingatkan ana..”
*******************
“Assalamualaikum humaira’, enti sihat ke?”
“Wa’alaikassalam.. alhamdulillah, humaira’ sht je. Umar pergi tak program pagi esok, boleh la kita bersua muka.”
“Hebatnya dia bercakap dalam program pagi tadi, bertuahnya dapat ‘berkawan’ dengan Umar..”
“Mana ada.. humaira’ lagi mantap,pandai pulak tu.. siapa la kita ni.”
“Assalamualaikum, Humaira’ dah bangun belum solat tahajjud..”
“W’alaikassalam.. hmm, baru bangun syukran umar kejutkan humaira’”
“Humaira’, ana sayang enti kerana Allah..’ ukhuwwah fillah, membawa ke jannah’.”
“Humaira’, kalau sakit cepat-cepat makan ubat jangan risaukan ana, ana sayang enti selama-lamanya.”
“Humaira’, macammana dengan exam tadi? Umar yakin humaira’ mampu mencipta kejayaan untuk Islam..”
**********************************************************************************
Aisyah Humaira’ terjaga dari lenanya, kelopak matanya bertakung buat kesekian kalinya. Menangis dan menangis lagi setelah terjaga dari tidur dalam tangisan. Ya, itu memang dirinya, dirinya yang dahulu penuh bergelumang dengan dosa. Segala apa mimpi sebentar tadi,bagaikan ‘review’apa yang dilakukannya sebelum ini…
‘ya allah,, ampunilah dosaku ini ya Allah..’
Dia bingkas bangun, menanggalkan telekung yang dipakainya ketika solat istikaharah dan sunat taubat semalam. Kedinginan air wudhu’ mungkin dapat menenangkan hatinya di tambah pula dengan solat tahajjud..
Seusai solat, dia bertelaku sebentar mengkoreksi diri. Pelbagai perkara bermain di benaknya...
‘Ya Allah..Engkau Maha Mendengar, Maha Pemberi, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, limpahkanlah rahmat dan kasihMu kepadaku, lindungiku dalam ‘inayahMu, peliharalah daku dari segala benda yang melalaikan.’
Teringat kata-kata sang murabbiku ustazah Umi, seorang ikon Dai’e yang aktif, tabah berjuang serta setia menjjadi sayap kiri travelog dakwah suaminya. ”Seorang da’ie itu sentiasa m’up datekan dirinya. Hari ini dia berbuat kebaikan, esok lebih banyak lagi dia lakukan. Begitu juga halnya dengan dosa, sentiasa mengelakkan dirinya dari melakukan sebarang dosa kecil apatah lagi yang besar. Cuba menjadikan dirinya dahulu sebagai mad’u sebelum menda’ie mad’u, seiring amalan dan juga kata-katanya, bukan hanya pada hebat berkata-kata tetapi pada amalan tiada apa-apa..”
Terkesan Humaira’ dengan kalam tersebut sehingga kini setelah dia tersedar dari kesalahan yang pernah dilakukannya dulu.
Jika dahulu, dia juga seorang da’ie, tetapi tidak mampu mentarbiyah diri sendiri. Dibiar diri hanyut dengan cinta yang telah di’islamik’kan, biarpun diri berada di landasan perjuangan. Tetapi kini,dia tidak akan membiarkan dirinya hanyut buat kali kedua,cukuplah apa yang telah dia lkukan sebelum ini, umat islam perlu mengelak dari terjatuh ke lubang yang sama. Itu antara intipati hadis yang dipelajari ketika menuntut di tingkatan enam dahulu.
Sungguh terkesan humaira’ dengan kalam mutiara gurunya itu, yang banyak menyedarkannya. Benarlah,jika dari hati sesuatu perkataan itu dilontarkan, maka kehati pendengar jugalah ia akan hinggap.
Humaira’ tersedar dari lamunan pemikirannya, terdengar suatu ketukan di pintu, sudah banyak dia bermonolog rupanya semenjak usai solat subuh tadi.
Terpamer perasaan ceria, indah dan tenang apabila dia melihat wajah itu, Syahidah mukhlisah dengan senyuman manis menuju kearahnya.Itu lah sahabat yang baik lagi solehah, mampu menjadi penda’ie yang sebenar. Berjaya menyeru kearah kebaikan dan berani menidakkan kemungkaran walaupun terhadap sahabat baiknya sendiri. Tidak dinafikan, humaira’ terhutang budi padanya kerana Syahidah Mukhlisah lah yang menyedarkannya dari kesalahan lalu, biarpun dia melalui keperitan nahi munkar terhadap penda’ie yang ego sepertinya.. Segalanya ditempuh sehingga berjaya akhirnya kini.
Baru kini Humaira’ tahu, indahnya hidup dalam perjuangan yang sebenar-benarnya. “Enti sahabat yang paling banyak meyedarkan ana. Moga ukhwah kita kukuh dan kekal selam-lamanya.” Itu janji Humaira’ pada temannya itu.
“Ana sebagai perantara saja, hidayah Allah itu sungguh bernilai. Yang penting kita berusaha mencegah kemungkaran walaupun ianya pahit tetapi akhirnya manis juga kan. ramai khalifah bumi Allah di luar sana bergelar da’ie hanya menyeru kebaikan sahaja, tetapi kurang memahami konsep nahi munkar dan terus membiarkan kemungkaran berlaku di depan mata. Bahkan sehinggA para da’ie itu sendiri pun terjebak dengan perkara yang tak sepatutnya.”
“Humaira’, ana minta diri dulu ada mesyuarat penting yang perlu dihadiri”
“Baiklah, hati-hati sahabatku, jangan lupa ye janji kita esok pagi ke taman-taman syurga, menadah kitab, pohon maghfirah mencari dan ma’rifatullah..”
“Insyaallah..mana boleh lupa kita sekarang berjuang di jalan Allah! Assalamualaikum..”
“wa’alaikissalam..”
Tangan humaira’ mencapai mushaf al-Quran yang berada di atas meja studinya, sekali menyelak terpapar helaian surah as-Saff, terus di bacanya. Hatinya amat tersentuh dengan kalam mukjizat Allah yang bertepatan dengan kehidupan seharian manusia itu.
‘Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan?’
‘(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.’
Bacaannya terhenti seketika dengan linangan air mata keinsafan.. kemudian dia meneruskan lagi sehingga ayat yang ke-14;
‘Wahai orang-orang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia,”siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama)allah?” pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata,” kamilah penolong-penolong (agama) Allah”, lalu segolongan dari bani Israel beriman dan segolongan (yang lain) kafir; lalu kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang yang menang.’
Humaira’ tekad, dia tidak mahu mengulangi sejarah itu, ketika dia menjadi seorang srikandi dakwah dalam masa yang sama melakukan ikhtilat tidak syar’ie di pusat pengajiannya. Dia mahu menjadi seorang mujahidah penolong agama Allah yang sebenar-benarnya. Bukan sebagai penolong agama Allah dalam masa yang sama sedang meruntuhkan agama Allah dengan nilai yang tidak sepatutnya. Seorang wanita itu sangat mahal mahkotanya, sangat tinggi martabatnya seandainya dia bijak memelihara dirinya, malah mampu menyaingi lelaki dalam berbakti.
Nukilan;
`Shoutu_fuadi91,
Tahun 2, Kuliah Syariah, Kaherah Mesir
Damai Yang Abadi
Selasa, 20 Disember 2011 0 suara
Aku merenung masa depan
Aku melihat alam ciptaan Tuhan
Aku memerhati setiap kejadian
Aku mencari sinar yang sudah lama diimpi
Aku mencari sebuah harga diri
Aku mendambakan maruah bagi umat ini
Maruah yang pernah dijulang tinggi
Setinggi langit membiru
Aku terkenang sebuah nostalgia
Tika umat dalam gelita dan tipu daya
Lahir seorang insan yang kini dipuja
Ketika hidupnya sering dihina dan dinista
Mereka mengatakan dia gila
Mereka mencemuhnya sebagai pendusta
Sedangkan dia rasul mulia
Sedangkan dia kekasih Yang Maha Kaya
Pejuangannya bukanlah omongan kosong
Ajarannya untuk membetulkan yang terpesong
Datang meluruskan akhlak yang indah
Melalui pedoman sunnah
Wahyu yang turun segera diterjemah
Masa silih berganti
Generasi terus datang dan pergi
Namun masih ada yang menyimpan dengki
Dendam kesumat menghapus damai abadi
Kerana ego tersimpan di hati
Kerana hati sudah mati
Ditolaknya nur Ilahi
Dibuangnya sifat insani
Hanya kerana sebuah iri
Apalah nasib umat
Saban hari ditipu dan dicincang lumat
Jiwa kita malas
Hati kita culas
Akal yang perlu diisi dibiarkan sepi
Iman yang perlu dibaja hanya sesekali cuma
Apatah lagi membina taqwa
Di sana ada tangisan
Di sana ada keluhan
Maruah dicalari dengan sebuah kealpaan
Dahulunya megah di puncak kini hanya di pinggiran
Menanti sebuah sinaran
Yang hilang dek alpanya insan
Bangunlah wahai umat
Bangunah dari alpa dan lena
Di sana ternanti sebuah derita
Siapa lagi yang mahu menyeka air mata mereka
Siapa lagi yang mahu mencipta sebuah bahagia
Ayuh wahai umat
Kita cincang mereka dengan lumat
Dengan segala jerih dan keringat
Ilmu dicari iman diperhebat
Kita bunuh kezaliman
Kita baja keadilan
Kita buang kesumat
Kita semai rahmat
Agar hidup ini kembali berseri
Dengan sebuah damai abadi…
Nukilan,
Fakhrur Ridzwan,
Tahun 1, Takhassus Al-Quran Wal Qiraat, Shoubra.
Mesir Yang Aku Jumpai
Khamis, 15 Disember 2011 4 suara
Pena Yang Bermanfaat
Jumaat, 9 Disember 2011 0 suara