Hari ini hatiku luka lagi
Kerana belum bertemu cinta dicari
Sudah berapa kali luka ini terjadi
Aku sendiri tidak pasti
Larianku dipentas ini benar-benar melelahkan
Acapkali aku tersungkur dalam berkejaran
Hampir aku mencicirkan apa yang dikendongan
Ah.. Aku benar-benar rasa kehilangan
Dalam keramaian aku masih kesunyian
Senyuman tidak mampu membunuh keresahan
Luka hati ini membawa kegilaan
Tika aku mengharap simbahan cahaya kesedaran
Tika aku merayu huluran semangat kekuatan
Kau sentuh aku dengan kalamMu
Hati basah dengan keinsafan
DemiMu, aku dalam kerinduan
Sambutlah tanganku Tuhan
Benar kadangkala aku kealpaan
Namun aku cuma insan
Ada kala aku kalah bersilat pertahan iman
Ampunkan aku Allah
Aku tidak mampu jadi sesetia Abu Bakar
Namun kuajar hati menjadi tegar
Tidak pula aku mampu seperti Umar yang gagah
Namun kudidik hati supaya ikhlas bersedekah
Apa pula dayaku menjadi Uthman dan Ali
Namun kucuba meletak cintaMu yang tertinggi
Hembusan lembut kalamMu yang singgah
Ribut melanda hatiku untuk berubah
Ku pujuk jua dengan kebenaran janji-janji
Akhirnya hati terubat lagi
Izinkan aku bercinta denganMu Ilahi...
Nukilan :
Aisyah Masyitah
Kuliah Bahasa Arab,
Tahun 2, Kaherah
0 suara:
Catat Ulasan