Dia Tidak Sama

Rabu, 15 Februari 2012

Dia…
tidak sama dengan yang lain,
suka mendengar rintihan,
rayuan,
juga tangisan,
hamba-hamba yang meminta.

Tetapi...
yang lain,
marah dan benci,
bahkan mencaci,
jika diminta.

Dia…
berbeza dengan yang lain,
makin banyak rayuan,
juga tangisan,
makin Dia suka,
bahkan makin dicintai.

Apa yang diminta,
bukan segera Dia makbulkan,
kerana,
Dia tidak serupa dengan yang lain,
suka mendengar rayuan,
juga tangisan,
yang meminta dariNya.

Putus asa…
jangan sekali-kali,
kerana Dia,
berbeza amat
dengan yang lain,
terus dan terus,
jangan berhenti,
mohon,
juga merayu kepadaNya,
kepada Dia yang Maha Mendengar.

Dia…
amat dan teramat suka,
mendengar rayuan,
juga tangisan,
hamba-hamba
yang meminta kepadaNya.

Dia…
sangat hampir
dengan yang meminta,
dekat dengan yang mengadu,
cinta kepada yang menangis,
yang meminta kepadaNya,
tanpa putus asa,
dan ragu-ragu.

*Dia tidak sama dengan yang lain…mohonlah kepadaNya tanpa putus asa…terus dan terus, jangan berhenti dari cinta Dia…kejar dan dapatkanlah ia dengan doa, rayuan dan tangisan…Dia adalah Allah…Yang Maha Segala-gala, Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih…mintalah kepadaNya ^^


Fathi Ridhuan
Takhasus Qiraat
Tahin Satu

♥ ANDA SUKAKAN ARTIKEL INI?? JANGAN LUPA KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA ♥
Facebook Twitter StumbleUpon Digg Delicious Reddit Technorati Mixx Linkedin
[Get this Widget]

0 suara: