Wajah
tua seorang ayah menutur perlahan, “hidup ini ibarat satu perjalanan yang
panjang, dan dunia inilah perhentian bagi mengumpul bekal meneruskan likuan
jalan.”
Bait-bait kata itu tersusun kemas di benakku saat kaki melangkah
membelah awanan biru.
Ah! Aku terlalu bingung memikirkan nasib umat yang
menderita ini. Dari negara-negara besar hinggalah ke ceruk Somalia, Bosnia, Uighur, Maluku,
Poso, Ambon dan banyak lagi…telinga ini panas dengan kisah tragis kezaliman
terhadap orang-orang Islam. Aku memintas tabiat Muslim dalam
masyarakatku, betapa beruntungnya aku dilahirkan di atas bumi yang aman
Sekilas aku tersentak dek ingatanku pada nasib saudara-saudara ku di bumi perjuangan.
Jerit tangis anak yang tidak berdosa itu membuatkan jantungku berdegup kencang.
Sabda Nabi Sallallahu a’laihi wasallam tetap utuh ku genggam
مَن لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْر المُسلمين فَلَيْسَ
مِنْهم
"Barangsiapa yang tidak
mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam, maka bukanlah dia sebahagian
daripada mereka.”(h.r Thabarani)
Ya
Allah! Dunia apakah ini? Mengapakah saudara-saudaraku disakiti? Anak-anak
mereka dirodok-rodok dengan belati kejam. Ibu-ibu mereka dikelar-kelar bagaikan
daging yang dipanggang dan ayah-ayah mereka disembelih hingga terjentik-jentik.
Saat
suara mereka bergema di cuping-cuping PBB, OIC, dan Liga Arab, dimanakah
tangan-tangan mereka?
Tanpa
ku sedari, manik-manik jernih menghangati wajah pilu ini. Ku bandingkan ujian
kesenangan hidupku dengan kesusahan hidup saudara-saudara ku. Sungguh, aku
pilu! Tika mereka mati mempertahankan akidah, sedang mereka mati kerana dadah.
Bilamana Amirul Mukminin Saidina Umar Al-Khattab tidurnya hanya dirimbun
pelepah tamar, sedang amir kini menebarkan tangan rakyatnya menjadi cadar.
Kini aku
mengerti terjemahan bait-bait kalimah yang ayah tuturkan dahulu. Dunia ini
bukanlah timbangan yang tepat. Tetapi, di hadapan Allah lah kita akan dihisab.
Kelak, saudara-saudara seIslam yang di dunianya menderita, kan menuntut
kesenangan kita di dunia ini.
Jika
orang-orang yang lalai dengan dunianya tahu, bahawa hidup ini hanyalah
sementara, pasti mereka akan segera menanggalkan selimut-selimut kesenangan dan
pergi membantu saudara-saudara yang memerlukan.
Aku
terus teringat kepada jawapan sang burung kecil tatkala memadamkan api yang
membakar Nabi Ibrahim ‘alaihissalam,
“Meskipun aku tahu bahawa usahaku ini
tidak dapat memadamkan api itu, aku berharap pelepasan di hari akhirat apabila
Allah menyoalku tentang apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak
akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak.”
Aku
ini ibarat burung kecil yang berhadapan dengan raksasa kezaliman dan
penindasan. Meskipun usahaku yang kecil untuk membanteras kezaliman tidak dapat
ku lihat sekarang, namun aku yakin bahawa khilafah atas manhaj kenabian pasti
akan tertegak suatu hari nanti.
Ya Allah, kalam Mu memberikan aku
ketenangan,
“Mahasuci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Maha
Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu,
siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha
Pengampun.” (Surah Al-Mulk:1-2).
Kini
aku pasrahkan keyakinanku pada kekuasaan Mu,
”Katakanlah(Muhammad), ‘Wahai Tuhan
pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau
kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.
Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun
yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau
MahaKuasa atas segala sesuatu”.(Surah Ali-Imran:26)
Semoga
diriku, keluarga dan sahabat-sahabatku menjadi penegak keadilan yang berani
membela orang-orang yang dizalimi dan ditindas
di atas muka bumi ini. Ya Allah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku
dan matiku hanyalah kerana Mu, Tuhan pemilik segala kerajaan dan kekuasaan…
candle_light
Usuluddin, Kaherah
1 suara:
Mohegan Sun - Casino in Montville, CT
See 전라북도 출장안마 what your friends are 계룡 출장안마 saying about Mohegan Sun. In addition to the 충청남도 출장마사지 casino, the resort has a pool for 광명 출장샵 its guests, a fitness center and a fitness 남양주 출장마사지 center.
Catat Ulasan