Johan Cerpen Sempena Seminar & Bengkel Penulisan Siri 1 2010

Rabu, 10 November 2010

CERPEN : PEMENANG PERTAMA

Oleh : Abdul Hadi b. Jusoh (Kumpulan 1)

Namaku Furqan, aku tinggal disebuah kotaraya yang dipenuhi bangunan yang tersergam indah. Tika aku termenung mengenang nasib diri, tiba-tiba ku tertoleh ke tingkap berdebu, aku nampak bayangan Tuan Azman membawa sesuatu menghampiri pintu rumah. “Ting tong” loceng rumah berbunyi, lantas berlari anak kecil bernama Hamdan ke pinti rumah, lalu dibukakan pintu rumahku. Apa ini ayah? Sayup-sayup ku dengar pertanyaan Hamdan kepada ayahnya. “Ini adalah rehal, nanti Hamdan gunakan untuk membaca Quran”, sahut Tuan Azman.

Aku tersenyum seorang diri,benak hatiku terus berkata, mungkin rehal adalah teman hidupku di almari kaca suci berdebu. Matahari telahpun membenamkan dirinya, kedengaran suara azan yang berkumandang “ Allahu Akbar... Allahu Akbar”, Tuan Azman memimpin tangan Hamdan ke luar pagar menuju ke surau Muttaqin. Kedengaran suara imam membacakan kalimahku, sayu bercampur tenang aku terlena didalam rumah yang tiada siapa.

Allahu Akbar! Kenapa dengan ku? Aku terhuyun-hayang bagai dilanda taufan Katrina. Rupa-rupanya Hamdan, digenggaman tangan kanan aku dipegang menculikku erat. Berlari anak kecil itu membawaku sambil menyanyikan “alif, ba, ta, tsa, jim, ha, kha, da, dzal, ra, zhai, sin, syin, shod”, kepeningan aku dibawanya menaiki anak tangga dengan pantas menuju ke tingkat dua.

Mataku masih kabur akibat hayunan deras anak itu, di atas permaidani hijau aku terpandang sahabatku rehal yang baru tiba semalam, seolah-olah menantikan kedatanganku. Lantas aku diletakkan ke atasnya, Lantas aku dibelek, lalu kedengaran “ “Bismillahirrahmanirrahim”, dilafazkan oleh Tuan azman, Hamdan terus mengikuti ungkapan bibir ayahnya sehngga kedengaean “sodaqallahul ‘Azhim”. Lalu aku dihantar kmbali ke bilik yang berdebu.

Itulah rutin harianku, kadang aku terfikir, setiap hari aku duduk di atas badan kawanku rehal, sakit atau tidak hanya dia yang mengerti. Namun, aku tahu, dia redha untuk memuliakanku.

♥ ANDA SUKAKAN ARTIKEL INI?? JANGAN LUPA KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA ♥
Facebook Twitter StumbleUpon Digg Delicious Reddit Technorati Mixx Linkedin
[Get this Widget]

0 suara: