Moderator KELAP

Ahad, 26 September 2010

Mohd Zaki bin M. Noor atau nama penanya al jantanie dilahirkan pada 24 Februari 1983. Merupakan mahasiswa Universiti al Azhar, Kaherah dalam Fakulti Bahasa Arab Jabatan Am. Anak kelahiran Johor ini pernah menulis untuk Suara Kampus Edisi Johor, Edisi Gabungan, Warta PMRAM dan sebagainya. Beliau pernah diberi kepercayaan mengendalikan Akademi Medan Pena (Johor) sesi 2004/2005. Turut menjadi moderator jemputan bagi program penulisan di Mesir. Hasil karya beliau pernah tersiar di beberapa media tanahair antaranya Dewan Siswa, Berita Minggu, Remaja dan sebagainya. Beliau mula mengenali dunia penulisan sejak 2003 sebagai peserta dan kini dilantik menjadi moderator Kem Latihan Penulis (KELAP).



Dalam Sepuluh Yang Kugelar Cinta

Dalam sepuluh yang kugelar cinta
belum ada satu yang kukuh memasak teguh
pada bumi hati.
Ada sahaja putusnya, di tengah
kemudian di tepi kanan kiri
kembali ke titik mula, kemudian tamat lagi
kerana cintaku putus
terkerat sedetik dari Pencipta.

Kiralah berapa dalam pun.
Hitunglah berapa tinggi pon.
Kemudian ganda dua, kali tiga
cinta yang dikumpul dalam takungan diri
akhirnya pecah, melimpah
kerana kulupa membahagikan hak cintaku
pada empunya cinta.

Dalam sepuluh cinta
yang kutakrif - ini untuk umat
ada sesal paling tirus
tetapi agam
untukmu yang kugelar cinta
andai bersambung terus pada Tuhan.


Majalah Dewan Siswa
Julai 2006






♥ ANDA SUKAKAN ARTIKEL INI?? JANGAN LUPA KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA ♥
Facebook Twitter StumbleUpon Digg Delicious Reddit Technorati Mixx Linkedin
[Get this Widget]

3 suara:

  • nurullailati

    Terima kasih dan selamat rehat cikgu.Tanpa tunjuk ajar dari cikgu,saya mungkin bukan saya seperti hari ini.Segala jasa cikgu kepada saya hanya Allah yang layak membalasnya.

  • MZP
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
  • MZP

    Sebetulnya tiada apa yang sangat patut diucap-terima-kasih-kan. Anda memang berbakat, itu semua jerit perih anda sendiri selama ini.

    Selamat berehat?