Penulis Yang Baik Adalah Pembaca Baik.

Khamis, 29 September 2011

Ada juga yang menganggap seseorang itu menjadi penulis yang baik kerana bakat penulisan yang sedia ada dalam DNAnya. Agak kurang bersetuju. Hakikatnya seseorang itu menjadi penulis yang baik kerana dia adalah seorang pembaca yang baik.

Sedar atau tidak, terdapat dua jenis ilmu yang terkandung dalam mana-mana buku :

1. Ilmu dari subjek buku tersebut. Apabila kita membaca buku berjudul “Puasa-Puasa Sunat
Rasulullah”, kita mendapat ilmu dalam subjek puasa-puasa sunat.
2. Ilmu dari cara penulisan buku tersebut. Dengan memerhatikan cara penulis menyampaikan
subjeknya, kita mendapat ilmu tentang cara-cara menulis.

Lazimnya apabila membaca buku, pembaca hanya memberi tumpuan kepada ilmu jenis pertama. Ada pun ilmu jenis kedua, ramai yang tidak sedar ia wujud. Maka untuk menjadi penulis yang baik, anda perlu menjadi pembaca yang baik. Pembaca yang baik akan memerhatikan ciri-ciri penulisan berikut :

1. Pembahagian bab-bab.
2. Penyusunan tertib bab.
3. Penyusunan ayat dan gaya penyampaian.
4. Pemilihan perkataan (vocabulary) dan tatabahasa (grammar).
5. Penggunaan koma, koma bertitik, noktah, numbering, bullets, nota kaki, carta dan sebagainya.

Ada satu teknik bacaan yang disangka baik oleh sebahagian orang, iaitu speed reading. Melalui teknik ini, pembaca dapat menghabiskan satu buku dalam masa yang singkat. Sebenarnya teknik ini memiliki banyak kelemahan, antaranya:

1. Banyak fakta penting yang anda terlepas pandang.
2. Kefahaman yang dicapai hanya pada tahap minimum. Berdasarkan poin satu dan dua ini
menjadi satu kelaziman para pembaca buku saya menghubungi saya kerana sesuatu persoalan yang mereka tidak temui dalilnya atau sesuatu masalah yang tidak mereka fahami.
3. Anda tidak dapat menghafal dalil dan hujah. Pernah mengalami suasana apabila anda ditanya
satu soalan dan yang mampu anda jawab hanyalah: “Saya pernah baca tentangnya semalam
tetapi tak ingat apa hadis yang dijadikan dalil…”?
4. Anda tidak dapat belajar cara-cara penulisan.
5. Poin 1, 2, 3 dan 4 di atas menyebabkan anda terpaksa membaca semula buku yang sama itu.
Semua ini mensifarkan manfaat teknik speed reading yang diamalkan pada kali yang pertama.


Oleh itu untuk menjadi penulis yang baik, anda perlu menjadi pembaca yang baik. Banyakkan bacaan dan berilah tumpuan khas kepada cara penulisan buku bacaan anda.

Apabila disebut “banyakkan bacaan”, maksudnya minimum lima buku sebulan, bukan satu buku setahun.
♥ ANDA SUKAKAN ARTIKEL INI?? JANGAN LUPA KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA ♥
Facebook Twitter StumbleUpon Digg Delicious Reddit Technorati Mixx Linkedin
[Get this Widget]

1 suara:

  • safwan

    saya x setuju dgn mengatakan speed reading boleh menyebabkan bbrp kelemahan seperti kefahaman tahap minimum dan bnyk poin penting tertinggal. itu mgkin disebabkan ramai drpd kita menggunakan teknik speed reading yg salah. teknik speed reading yg sebenar jika diamalkan, akan menghasilkan seseorang yg mampu membaca jumlah bacaan yg banyak dlm masa singkat tanpa mengurangkan kefahaman, dan tanpa meninggalkan fakta penting. apa yg ditinggalkan hanyalah fakta yg pembaca sudah sedia ketahui. namun sy setuju bhw teknik speed reading menyebabkan seseorang tidak mampu utk mempelajari gaya bahasa penulis, susunan ayat & sebagainya.